Jika Sayang Berilah Kemaafan

   Betapa sukar sekali pun , kita wajib memaafkan, kemaafan itu akan memberi ketenangan bukan sahaja untuk "musuh" tetapi buat hati kita sendiri.. Kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang akan lebih menyeksa diri kita sendiri daripada orang yang kita marah dan benci... Kebencian akan mengundang hasad, dendam dan iri hati  - ini sudah cukup menjadi 'bom jangka' yang menunggu saat untuk meletup di dalam diri kita..



   Untuk mendapat ketenangan dalam hidup, berilah kemaafan..  Kata ahli psikologi , bila kita memaafkan barulah kita "bebas" dari belenggu individu , peristiwa dan keadaan yang membencikan itu,... Selagi belum memaafkan , selagi itulah apa yang kita benci itu melekat pada diri dan hati kita....

Justeru, memaafkan musuh adalah tradisi orang-orang yang soleh.. Kita tentu ingin menteladani mereka, bukan? bermulalah dengan sesuatu yang mudah, maafkan orang yang hampir dengan kita, Siapa lagi kalau bukan ahli keluarga kita . . .  Kita dituntut bukan untuk memaafkan musuh kita. . . . Tetapi hanya untuk memaafkan ahli keluarga sendiri, darah daging kita , isteri , suami atau anak-anak kita... Ingat, kita tidak akan bahagia selagi orang disisi kita tidak bahagia.. Bahagia itu bukan dengan mendapat, tetapi dengan memberi - berilah kemaafan.. Dan hakikatnya ahli keluarga kita lebih berhak untuk mendapat kemaafan itu sebelum kita memaafkan orang lain..

   Kita sukar memaafkan orang hidup. Anehnya , begitu lebih mudah memaafkan orang yang mati.. Sedangkan kemaafan itu penting semasa hidup, bukan setelah mati sahaja.. Bayangkan ahli keluarga (ibu, isteri, suami, atau anak-anak) kita tiba-tiba sahaja meninggal dunia dan kita tidak sempat memaafkannya, tenangkah hati kita ketika ditinggalkan oleh mereka buat selama-lamanya? Atau kita sendiri yang tiba-tiba meninggal dunia, bolehkah roh kita kembali tenang sebelum memberi kemaafan kepada orang lain? Jangan bertangguh lagi , maafkanlah, kerana tanpa kemaafan itu kita akan diburu rasa bersalah  sepanjang hayat. Percayalah.....

   Jika kita tidak memaakan orang lain ertinya kita tidak maafkan diri sendiri. Sedarkah kita, kekusutan fikiran bukan disebabkan oleh sakit urat saraf tetapi kerana emosi kehampaan, kekecewaan , kekhuatiran , kerisauan dan ketakutan akibat benci dan merahkan sesuatu , seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh seseorang atau keadaan. Penyakit ini tidak dapat diubati oleh sebarang pil, antibody ataupun vaksin tetapi oleh sifat memaafkan orang lain ... Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat  berasingan .."  InsyaAllah , sekiranya penyakit jiwa dan fikiran diubaati dengan mudah.. Siapa pengubatnya, kita sendiri . Apa penawarnya? sikap pemaaf kita sendiri.....

    Kekadang ada orang yang terlalu sukar memaafkan , hatta dirinya sendiri.. Mereka ini sentiasa kesal , menyesal dan kecewa atas kesalahan , kekurangan, dan kelemahan diri sendiri ... Mereka bencikan diri sendiri.. Mereka sukar memaafkan diri sendiri.. Mereka ini jarang tenang.. Hidup dalam kebencian, kesepian, murung dan bosan.. Mereka yang hidup dalam ketegangan sentiasa terdedah kepada sakt.... Apa lagi yang boleh menyumbang pada kemarahan jika tidak marah dan benci??

   Kata ahli psikologi, William James; "Tuhan boleh mengampun segala dosa kita , tetapi sistem saraf kita tidak" Maksudnya , sistem saraf tidak akan bertolak ansur dengan ketegangan dan kerisauan... Benarlah maksud sabda Rasulullah SAW, "matilah kamu dengan marahmu"......

"hidup terlalu singkat untuk membenci. Maafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendir"    ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...