Koleksi Gambar 2015

Assalamualaikum. .  
Lama sudah tidak ketemu. . .  
Rasanya dah berabuk, bersawang dan sangant usang blog nih sebab dah bertahun x update..
Sebenarnya saya hampir terlupa tentang kewujudan blog nih. .  heheh.. -,-'

Untuk entry kali nih x tahu lah nak update ape. . Nak mengarang panjang2 tapi skill buat karangan dah xde... So, rasanya abang nak payung gambar jelah kot... . : )














Semua gambar2 nih diambil menggunakan Canon DSLR. .  Amacam awesome x quality gambar dia. .. wiwiwi... :D
Okelah.. tujelah kot untuk post kali nih. . .
Terima kasih kerana sudi menjenguk. .
K bye. .
Assalam..


Legoland Malaysia 2014

Salam semua. . .Salam berjumpa kembali...
Blog ini kembali lagi setelah 6 bulan x berjumpa. . .
Kali ni admin nak post pacal percutian kami sekeluarga di LEGOLAND MALAYSIA. . . Haaa~!!!



Mesti korang semua jelez + jelly kan. . hakhak. . ..
Nie frist day masa kami sekeluarga pergi Legoland .... Time nie kami x masuk pun lagi legoland , acah2 je, saja datang servey tiket dulu. . . 


Lepas dah servey tiket baru lah tahu berapa harga tiket dia. . . Macam orang cakap,  agak mahal lah jugak tiket dia. . . Kat bawah nie saya sebut harga tiket untuk orang dewasa punya sahaja..

Theme Park - RM 140
Water Park - RM 105
Combo Theme Park & Water Park - RM 175
Anual Pass ( Pass masuk utk setahun ) - RM 395

Mahal x tiket dia. . . Mahal giler kan.. Sunway Lagoon lagi murah kalau korang nak tahu.. . .
Nak tahu x kitorang beli tiket yang mana satu . . . .?  Haa. . . rasia. .  mana boleh bagi tahu. . .


Lepas je kitorang servey tiket .. . .Kitorang bercadang nak pergi hari sabtu minggu depan berikutnya.. . . .
So lepas tu kitorang mengular je lah kat luar Legoland tu. . . Berposing jelah kan. . .
Dan prepare ape yang perlu bawa masa hari nak pergi tu. . .



Time nie kami berdua tengah cuti sem. . .Saya cuti seminggu dan adik saya pulak cuti sebulan lebih . .. . 
Time cuti ni lah kitorang manfaatkan masa bersama . . . Dah la lepas dia balik kampus lama giler x jumpe. . . 2 ke 3 bulan kot....



Legoland nie di buka setiap hari dari pukul 10.00 pagi sampai pukul 7.00 malam . . . 
Kalau cuti publik dia tutup pukul 9.00 malam. . .  Memandang kan sejak tahun 2014 Johor cuti hari jumaat dan sabtu. . . So hari yang paling ramai adalah hari Sabtu. . . Sebab time nih ramai orang cuti. . . Hari jumaat kurang sikit sebab susah orang nak datang sebab nak g sembahyang jumaat lagi. . . .  Di syorkan kalau nak datang sini kena datang awal kalau tidak rugi lah kita beli tiket mahal2 pastu x sempat habis main permainan kat dalam nie. . . Legoland Malaysia nie besar. . . Kitorang yang datang awal pun x sempat nak main semua permainan yang ada kat dalam nie. . .






 Cuma nak bagi tahu . . . Makanan kat dalam nie agak mahal lah jugak . . . Better kalau kita makan kat rumah siap2 sampai kenyang pastu baru masuk . . . Kalau x menangis lah korang jawabnya nak beli makanan kat dalam tu. . .. Tapi kat luar Legoland tu ade je kedai2 yang jual makanan murah2 ckit kalau nak di bandingkan kat dalam Legoland tu. . .

Legoland nih besar sebenarnya. . . . . Tapi besar lagi Sunway Lagoon. . .Pertama kali datang mesti penat giler. . . Rasa nak tercabut kepala lutut berjalan kat dalam tu dari pagi sampai ke petang. . .  Tapi walaupun penat. . .Keseronokkan bila dah berada kat dalam tu membuatkan kami x terasa penat pun . . .

Dan kalau korang nak tahu. . .. Legoland nih
panas ya amat. . .Lagi2 time tengah hari..  yelah
memandangkan Legoland nih baru dibuka..
Pokok-pokok kat dalam tu pun x berapa nak banyak lagi. . . Memang terbakar lah kulit korang bila masuk kat dalam tu. . .
Saya punye kulit asal korea , keluar legoland jadi bangla. . .



Haaa. . .  Nie dia first time melangkah masuk kat dalam Legoland (Hari sabtu berikutnya). . .
Tu dia , nampak x saya tengah pegang peta dunia tuh.. .  Punya besaq habaq hang legoland nih. . .
Kat dalam legoland nih di penuhi dengan patung patung Lego. . .
Macam patut permainan tu. . . 


 Tempat yang kat belakang nih nama dia Dino Island. . . Kita boleh naik boat pastu melunsur laju . .  Macam yang ada kat belakang tu. .  Bila abih je main baju mesti basah lencun. . .
Nie antara permainan terbaik yang ada kat dalam tu . . .

Tempat- tempat dan permainan menarik yang ada kat dalam Legoland ni adalah . . .

- Dino Island 
- Roller coster
- 4D studio
- Observation Tower
- Boating School
- Castle
- Water Park

Dan macam2 lagi lah. . . Banyak sangat dan x tahu nak sebut . . . 
Kalau korang tengok peta pun boleh jadi pening. . . Tempat yang paling best dan berulang ulang kali saya dengan adik saya naik ialah " Project X" ataupun roller coster. . .Permainan paling extreme yang ada kat dalam tu. . . Sapa yang frist time naik mesti rasa nak tercabut isi perut. . . Dan rasa x nak naik lagi. . .
Tapi kami berdua stedy je. . . naik sampai sepuluh kali pun x rasa apa2, sampai muak dah. . . haha. . .



Tempat nie di panggil imagination . . .Khas dibuat untuk kanak kanak . . . Tapi orang dewasa banyak je pergi kat sini . . .  kat sini ada Wayang 4D. .   Kita boleh rasa effect 4D dengar deria sentuhan dan bau yang kita ada. . . Contohnya hujan, salji, angain , bau wangi/busuk. . .  Baju mesti basah lepas tgk satu movie. . . Itu mesti . . 


Ini jelah yang dapat dikongsikan sepanjang percutian kami di Legoland. . . . .
Memang seronok sangat , lagi lagi bila dapat berjalan dengan family . . . .
Hope cuti nnt nak pergi lagi lah. . . . Hahah. . . .  X sabar nak tunggu cuti sem bulan 5 nanti. . . .

Okey , ini saja. . .
Bye. . .
                                                                   Assalammualaikum . .
(^_^)


Cerita Abang dan Adik

Dah lama rasanya nak buat post tentang aku dengan adik aku nih , tapi disebabkan xde kerajinan nak mengarang sebab tu lah x buat- buat lagi nih.... 
haa. .  sekarang aku nak bercerita tentang diri aku dengan adik aku. . . Post kali nie ada part yang seronok dan ade part yang sedih sikit la. . . Sebab banyak lah bende berlaku antara aku dengan adik aku nih dari kecik sampai lah ke besar. . . .Nama pun adik beradik...  Dulu masa kecik2 perangai lain , bila dah besar perangai lain2 pulak. . .   Macam2 lah kisah aku dgn adik aku nih.. .


Oklah nak start bercerita. .   Nama aku Muhammad Ikhwan Syafiq b. Mohammad Rafix dan adik aku pulak Muhammad Nazrul Faiz b. Mohammad Rafix . . Panjang x nama kami . . haha. . . Aku dilahirkan pada bulan Jun 1993 dan adik aku pulak lahir bulan Mac 1994  . . .  Kiranya belom sempat setahun aku dilahirkan kemudian adik aku pulak dilahirkan. . .  Ataupun 9 bulan selepas kelahiran aku, adik aku pulak dilahirkan. . .   agak2 paham x. . ??  huhu... lau xpaham cube lah pahamkan. . . Kami berdua lahir ditempat yang sama iaitu Hospital Bukit Mertajam P.Pinang.. Dan negeri asal kami kedah. . .
Kirannya nak cerita kat sini . . Kami adalah best friend dari kecik sampailah sekarang . . .

Kisah abang dan adik masa kecik..
Dulu masa kitorang kecik2. . . Umur kitorang dalam lingkungan 3 tahun hingga 11 tahun.. Kitorang tinggal dekat kawasan perumahan yang tak ramai penduduknya orang melayu. .Masa tu kat Kulim , Kedah... Kebanyakkannya jiran setempat kat situ orang cina dgn india je. . . Jadi masa kecik2 kitorang kurang berkawan dengan orang luar. . .  So , kitorang berkawan dua orang aja lah. . .  Dia lah satu satunya kawan aku yang selalu teman aku main. . Dulu kitorang main basikal sama2. . Main lari2 sama2.  . Main game sama2. . .  Apa2 aja pun kitorang buat mesti sama2. .
  Walaupun kitorang nie best friend , tapi x lepas jugaklah daripada bergaduh. . . huhuhhu. . .
Biasalah. .budak2 kalau main mana boleh x gaduh. . . Gaduh pun kejap2 je. . . Lepas tu baik balik. . haha. . . .  Biasalah budak kecik kan. . .

Apa anggapan orang lain tentang abang dan adik nih??  
   Nak tahu x ape. . .??
Dulu masa kitorang kecik2 orang selalu ingat yang kitorang nie kembar. . . haha. . . kembar ke. . ? huhu . .sebenarnya x pun. . . aku abang dan dia adik. . .  Umur kitorang beza 9 bulan je. .  Sebab tu kitorang nampak kembar kot. . . Muka pun ada iras2 sikit. . .
Ada jugak orang anggap yang Adik aku nie Abang, dan aku nie Adik . . .Jadi terbalik pulak. . . Sebabnya, aku lagi rendah dari adik aku. . haha. . .  Pelik x. .  Adik lagi tinggi dari abang...Pelik bin ajaib..

Apa pula cerita bila kitorang dah masuk sekolah menengah . .??
  Masa kitorang dah masuk sekolah menengah . .. Kitorang still lagi best friend sama macam kecik - kecik dulu. . . .... Still meminati bende yang sama... kitorang suke main game, baca komik dan tengok citer cartoon jepun. . .  huhu. . Dulu kalau pergi supermarket atau mall , kitorang mesti akan pergi ke kedai buku untuk beli buku komik. . Macam2 jenis buku komik lah kitorang beli. . . Naruto, Doraemon, Detective Conan...  Sekarang dah jadi koleksi simpanan kitorang. . Bila kumpul balik buku2 tu , tinggi menggunung macam gunung everest. .  Banyak sangat. . Dan kitorang x bagi mak kitorang buang. . Sbb syg sgt. . haha. .
Selain buku komik. Kitorang minat tengok anime ( carton jepun) .. Minat sgt. .  Sampai sekarang!  Dulu tgk cerita carton dekat astro animax. . Pastu bila dah ada computer dengan internet , x tgk dah la kat astro . . Download je , semua ada. . . tak pun tgk online. . . ~.~
    Lagi satu kitorang dua nih terlampau minat main game. . . Antara game yang kitorang pernah main dulu , game yang pakai tape tu dengan PS2.  Game computer jarang main sebab time nih belom ada computer lagi.... .  Dah banyak sangat lah koleksi game2 kitorang dan macam2 jenis game lah yang pernah kitorang main. . . . Sampai dah naik muak dah.. . .
Kami dan Game x dapat dipisahkan. . . =,='


Bergaduh ke...??  Kenapa dah jarang nak bertegur..??

   Aku mengalami perasaan berbeza tentang hubungan aku dengan adik aku..... Masa nie kitorang dalam lingkungan form 4 hingga kitorang habis sekolah. .Dalam tempoh nie aku ada perasan sesuatu , aku rase macam hubungan kitorang ada sedikit kelainan (macam x berapa rapat sangat la) . ...  Aku jarang cakap dengan adik aku. .  asyik nak marah dia je. . kejap2 x puas hati. . Xtau lah. . Tapi aku ade rase macam tu lah. . . Mak aku pun ada cakap macam tu jugak. . .  Ada suatu hari tu , mama ada cakap dekat aku .... "kenapa abang dah x nak kawan dengan adik dah..??" "Kenapa abang dah xnak amek kisah pasal adik ?? , dulu mama tgk abg dgn adik rapat.."  masa tu mama cakap dgn nada marah jugak lah. . .  Bila mama cakap macam tu kat aku dulu. . .Aku rasa macam tersentap sekejap. . . Aku cuba renung balik. . . rupa2 nya memang betul apa yang mama cakap. . .  Memang aku dah x amek kisah lagi tentang adik aku. .  Jarang kitorang bercakap. .  Asyik bergaduh x puas hati je. . . Lama jugak tempoh tu 3 tahun kot...
Nak tahu sebab dia x. . . ??
         Dalam tempoh tu. . . Aku banyak bergaul dan berkawan dengan kawan2 kat luar. . . . adik aku pulak dia jenis x suke keluar rumah. . . dia suka duduk dalam rumah je. . . Dia x banyak bergaul dengan org luar macam aku nie. . . Lagi2 masa tu ayah bagi aku motor. .  Memang aku nie x lekat rumah la jawabnya. . .So, masa tu aku pun jarang jumpe dia. .  .   . Kadang2 bila pergi sekolah. . . Aku mana ikot dia lagi. . Aku naik motor sendiri .. Dia pulak bapak aku hantar. . .  Bila balik sekolah je, kadang aku tidor, kadang2 aku terus keluar rumah jumpe kawan2. . Pastu balik malam2. .   Itulah rutin aku setiap hari. . .
Masa nie aku sebok berkawan dengan kawan aku (Asyraf , Mizan , Wan , Akim)  sampai aku lupa adik aku sendiri yang dulunya kawan baik aku masa kecil. . . Eermm3. . . Teroknya aku ...


   Lepas tu apa jadi.?
Lepas je kitorang tamat sekolah. . . Masing2 dapat tawaran sambung belajar. . . Aku belajar dekat uniten, putrajaya , adik aku dekat matrik tangkak. .. . . Dah jarang sangat kitorang berjumpa . . Masing2 buat haluan sendiri dan masing2 belajar dekat tempat yang berbeza. . .Bila dah duduk jauh macam nie barulah terasa nikmatnya duduk dekat. . . Masa nie lah baru aku terasa. . Apa dah jadi hubungan aku dengan adik aku... Dulunya kitorang baik sgt. . ... Tapi sekarang dah x macam dulu dah. . . Bila aku pikir2 balik . . X patut lah jadi macam nie. . .kitorang nie kan adik beradik. . . kenapa perlu renggangkan hubungan kekeluargaan . .  Kenapa aku lebih penting kan kawan2 daripada darah daging sendiri. . . Patut ke aku buat macam tu. . .
     Start tu aku mula nekad. . . Setiap kali balik cuti. . aku cuba luangkan masa dengan adik aku. . . Nak kurangkan masa bersama kawan2. . . Setiap kali aku nak balik aku akan tanya mama dengan ayah dulu. . "adik balik x minggu nie..?? kalau adik balik abang nak balik skali..."  Dan setiap kali nak hantar adik balik matrik aku selalu ikot. . . . . ....
Jarang la aku x ikot. . . Tu pun kalau ayah aku x kasi ikot. . . Tp kebanyakkannya aku akan ikot.. . Sebab aku tahu kalau aku x ikot , x tahu lagi bila dapat jumpe dia sebab dia jarang dapat cuti... 


 Gambar nie kat RNR. . Masa nie nak hantar adik balik Matrik.. .  .Tahun lepas punye gambar. . . Bulan 9 lau x silap...
miss this moment. . .

 Gambar nie pon sama dekat RNR. .  Tapi hari lain. . . 

Gambar2 nie menunjukkan aku selalu ikot setiap kali mama dengan ayah hantar adik balik tangkak...
Adik pulak kadang2 dia ikot jugak mama ayah hantar abang balik putrajaya. . . .
same jelah kitorang. . .  : )
 Masa nie kitorang dah jadi kawan baik dah.... hehe...

 Bila dia balik je, ak rasa seronok sgt. . . sebab ada kawan nak berbual . . .
Pastu mulalah kitorang berbual pacal citer carton kitorang dan tah apa2 lagi tah. . . huak2....

Frist Time Kerje Sama-Sama
        Baru-baru nie frist time la aku dapat kerja dengan adik aku. . . ....  Tu pun x lama .. seminggu je. . .
 Selalunyer bile kerje, kitorang x dapat nak kerje sama2 sebab cuti sem kitorang lain2. . .. Time aku cuti adik aku tak cuti, time adik aku cuti aku plak tak cuti.. . . =,=
Kitorang dapat kerje sesame masa berbaki bulan puasa hari tu sampai awal syawal. . .  Daripada hari sabtu 3/8/2013 sampai hari sabtu berikutnya 10/8/2013  (8 hari). . . Pastu tu aku berhenti awal sebab nak buat assignment yang bertimbun dan x lama lepas tu dah kene balik campus dah. . . Sekejap jelah dapat kerje dengan adik aku. . .

Nie masa bulan puasa. . .
Pagi2 lepas sahur kitorang tidor kejap. . . Pastu dalam pukul 8 pagi kitorang bangun terus pergi kerje dengan ayah. . .  . Kadang2 pergi kerje awal, kadang2 lambat. . . Ikot suke lah. .  Kerje pon dengan bapak sendiri . . ahaha.....
Time kerje masa bulan puasa. . . Perasaan dia lain sikit. . . Penat sangat , lagi2 time lepas asar. .  tenaga macam dah xde langsung.... Nak bukak mulut nak bercakap pun x larat. . .  huuuuhh~~~   Pastu bila berbuka puasa pun payah sikit. . . Sebab x boleh sekali gus semua org buka puasa skali. . . kene tunggu giliran. . .  Sebab nnt x de sapa nak jadi cashier ... Orang cina dgn India datang isi minyak ikot suke2 hati diorang . . . Diorang buat2 x tau yang waktu magrib waktu orang islam berbuka puasa....  . . . . . ..   Paham lah org ckit. .  .!! haiish...!!

 Nie masa raya pertama. . terselit Mail plak dah kat bwah tu. . .haha . .
 Masa hari raya semua orang dapat duit raya daripada boss.. . .
Seronok diorang dapat duit raya.... . .
 Lepas tu sape yang kerje full time dapat gaji 3 kali ganda. . . Kaya ooo sape yang kerje time hari raya.  . . .  huhu
 Pagi2 raya dah kene jadi cashier. . .huhuhu ...sadis nyer. . . tapi seronok.. . .  :D
Selalunya aku cashier dgn kawan2. . . Tapi kali nie dengan adik aku sendiri.... 
masa hari raya pertama , org berpusu pusu nak balik raya. .  So , masa hari tu ramai giler org datang pam minyak... Selalunya time raya org akan beli barang kedai banyak2. . . Memang x cukup tangan nak buat kerje masa tu....


Nie hari raya Ke-2
Main HP baru . . .Adik aku baru beli HP (samsung galaxy S4). . .  Peerrhh...terbaek giler. . .
Dia kumpul duit gaji selama dua bulan semata- mata nak beli HP . . . Beli kat Jusco Tembrau... Harga promisi 2 k . . . Camere 13 mega pixel , boleh tahan la resolution gambar dia. . . Bila zoom pun still nampak jelas. . .
Kebanyakkan gambar raya taun nie amek pakai hp dia jelah...






 Nie masa raya ketiga..
Masa nie hari-hari terakhir aku kerje dengan adik aku untuk tahun nie. . .
Disebabkan banyak tugasan nak kene buat aku terpaksa berhenti dulu....
Mungkin lepas nie dah tak kerje sama2 kot. . . .  Masing2 dah sambung belajar...
x tau lah bila lagi dapat kerje sesame. . .
Masa hari tu tak banyak bende kitorang buat kat tempat kerja. .  Banyak posing je. .
tu yang pergi kat pam angin amek gambar tuh. . . .





Paling suka gambar nie. . . .
Aku dengan adik aku main gelak2. . . hakhakhahakhak. . . =,='
  Bukan senang nak jumpe adik aku dan bersuka-suka macam nie. . . Dulu masa kecik2 selalu la. . Tapi bila dah besar dah jarang....
masing2 belajar tempat jauh2 dan berhaluan sendiri. .
Nih jelah aku sempat luangkan masa dengan adik aku. . .
Dulu dia belajar dekat matrik tangkak, lepas nih dia pergi belajar dekat UITM Bukit Mertajam Pulau Pinang  . .Lagi jauh dari yang dulu.....
Memang lepas nih jarang sangat lah kitorang jumpe,.. .
Rindu kenangan dalam gambar nie. .

Itulah kisah2 aku dengan adik aku sorang nih.. . . . . Semamangnya banyak lagi kisah kitorang , tapi kalau nak cerita semuanya memang boleh buat satu novel lah citer dia. . . 
Tiba- tiba rasa menyesal bila kenang balik ape yang berlaku sepanjang aku tak menghiraukan adik aku nih... Kenapalah aku lebih pentingkan kawan2 daripada adik sendiri. . .  
Bukan kita x boleh nak berkawan, tapi jangan lah sampai lupa darah darah daging kita sendiri.. . .  
Ada masa kita dengan kawan2 kita, dan ada masa jugak jangan lah kita lupa untuk luangkan masa dengan adik beradik kita sendiri atau family kita.....
Huummm. . . Tapi x pelah. . .  Bende dah berlalu... . 
Baru2 nie mama ayah ada cakap .... ayat dia lebih kurang macam nie la. . mama ngn ayah kata "Abang dengan adik dah baik2 balik . . "         hehe... time tu aku senyum aja la....
Sekarang pun aku dah berkawan baik dengan adik aku. . . .. Kemana saja nak pergi rasa macam nak bawak adik sekali. . . Rasa kalau dia x ada rasa bosan. . . . . .
 
Oklah ...dah panjang sangat dah kisah aku dengan adik aku nih.. . .  Aku pun dah xtau ape yang aku meraban meroyan kat sini...Mesti korang semua bosan kan baca. . .
hahaha. . .   Ayat aku nih pun dah macam ape tah. . . tunggang tebalik. . . maklumlah dah lama x mengarang. . . last dulu masa sekolah . . . sejak masuk U mana ada belajar karangan lagi . . . . So , ayat pun lingtang pukang lah jadi nyer . . .  

Terima Kasih kepada yang sudi membaca entry tuk kali ini. . . bye2 . . . Assalam....

Gambar Raya Tahun 2013

kenangan beraya tahun 2013.. Tahun nie x balik beraya kat kampung.. 
Hanya beraya kat rumah sendiri je dan kat tempat kerje. . . huhu
Malas nak mengarang dah sekarang nie just post gambar jelah. . .
Ok lah jugak, daripada x post ape2.. terbiar je blog nie. .  Baik post something yg boleh org tgk. . 


Di pagi Syawal. . Mama dan ayah aku beraya. . .

 Beraya dan duduk berposing atas kerusi...

Inilah family saya. . .  Cantik x baju raya kitorang tahun nie. . .
tema Oren color. .
Bukan selalu dapat bergambar macam nie. . .Setahun sekali je. .

  Lepas makan bergambar kat luar rumah pulak. . . Nie kat depan rumah. .
Background agak bersepah. . Malunyerrr.. . .


 Nie adik saya.. . Faiz nama dia. . 

 Mama dengan ayah posing depan pintu gate

 Muka suci murni

Opps. . . teserlah background yang bersepah tu. . . Macam2 harta karun ada depan rumah. . .
Tapi gambar nie nampak cantik. . .


 Mama dengan adik

 Ayah dengan adik

 Mama dengan Ira

 Mama dengan saya(syafiq)

 Rambo dan anaknya. .
Saya punya lense speck mata tukar hitam bila kene panas. . X perasan plak....

 Budak dua nie suke gaduh.. Ape pun x boley.. =,='

 saya dan adik saya Ira


Habis sudah beraya di rumah sendiri pada hari raya pertama. . . .
Lepas je tangkap2 gambar kat luar rumah tu. . Terus gerak ke tempat kerje plak. . .
sebab xde orang nak kerje masa raya tu....
Tinggal lah Mama dengan Ira je kat rumah. ..
Xtau lah ape diorang kat rumah. . Kata mama diorang tengok TV je. . . Kesiannye...


 Sampai je tempat kerje... Aku ngan adik aku terus jadi casheir. . . .
Sebab pekerje kat situ dah penat dah...
So terpaksalah kitorang gantikan diorang. . . 
Peerrhh.. . . Ramai giler orang pagi raya tu. . . ~~




 Bawak ketupat rendang yang dimasak oleh mama.. . . Makan bersama pekerja2 petron. . .


Semua pekerje nie orang Endon. . .  Tahun nie diorang x balik beraya kat endon sebab diorang kene kerje masa hari raya. . . Diorang okey je x balik beraya . . . Diorang pun seronok beraya dengan kitorang tahun nie. . .


 Makan2. . .

Keluar kedai jap. . . Posing kat luar plak. . .

 Ceh' macam filem hindustan. .
 Nie mail . .  Dia pinjam speck saya. . .
 Nie Alwin dan Isteri dia Chindy...

Main gelak2 dekat pam minyak... Masa nie org tengah sebok2 beraya dekat kampung. . .Pergi ziarah kubur. . .Pergi rumah saudara mara. . Tapi kami beraya dkat pam minyak je lah. . . Apa boleh buat. .  Kalau x kerje x meniaga lah pam minyak nih. . .
Walauapapun seronok jugak lah beraya dengan diorang nih. .  Xde lah bosan sangat.. . Siap main gelak2 lagi...
tengok tu...
Yahooo... . .  Seronoknya.  . . main lompat2. . . muke aku macam upin ipin dah.... =,='

 Alwin dan Mail

Perrh...smart. . .!

 Amende tah. . .

Piece yoo. . ~~!!


Posing kat tempat loading minyak. . . .   

 Mail yang suke posing pelik2. . . .

Adik aku yang hensem lagi begaya, . . .

 Hahaha. . . . Budak terencat nie tetibe datang kat Petron pagi raya tuh.. . . . Singgah jap isi minyak sebelum gerak ke Pahang . . . Pastu mak dia sempat bagi duit raya kat kitorang . . . hew hew. . . :D


Haa....~!  Nie Gambar di hari raya ke-3 pulak. . . .  Hari raya ke-2  x banyak amek gambar. . . Ada gambar tapi malas nak masukkan. . . Masa nie kitorang x perlu lagi pakai uniform kerje . . . Sebab hari raya lagi kan. . . Lagi pun manager yang suruh (Bapak aku) . . So kitorang bedal lah baju raya. . .  Hahaha. . . Semua pakai baju x nak kalah. . .bergaya abis. . .

 Adik aku dengan baju kotak2 dia. . .
 Aku dan isteri orang. . . hahaha . .  Nasib baik abang dia xnampak. . . Tidak kene pelangkung aku. . .

 Samelah adik aku pun. . =,='

 Bosan2 kat petron masa raya ke-3. . Aku g kat luar dengan mat2 endon nih...pastu peluk tiang . . . Ape pun x boleh. . .

 Pelik2 budak2 nih. . .

 Pon boleh. . .

 Kami bertiga duta pam angin dan air. . .


 Haa?? nie ape citer plak nih. . . .  hahaha. . . .  masa nie aku yang plan posing sambil lopat2 nih. . .
Buat kelainan ckit. . . Baru nampak gempak ckit. . .
Nampak x aku lompat paling tinggi. . haha


Aku dengan adik aku main gelak2. . . hakhakhahakhak. . . =,='
(Aku suka gambar nie. . Bukan senang nak jumpe adik aku dan bersuka-suka macam nie. . . Dulu masa kecik2 selalu la. . Tapi bila dah besar dah jarang....
masing2 belajar tempat jauh2 dan berhaluan sendiri. .
Nih jelah aku sempat luangkan masa dengan adik aku. . .
Dulu dia belajar dekat matrik tangkak, lepas nih dia pergi belajar dekat UITM Bukit Mertajam Pulau Pinang pulak. . .Jauh tu...
Memang lepas nih jarang sangat lah kitorang jumpe,.. .
Rindu kenangan dalam gambar nie. . 

**(Mungkin lepas nie sy akan buat post cerita tentang sy dan adik saya pulak)


nie ape citer nih. . posing ape pulak nih. . .
haha. .  nie betol2 terbang namanya . . .I believe i can fly~~~~



Ok itu sahajalah gambar yang dapat upload dekat blog nih. . . Sebenarnya banyak lagi tapi xkan lah semua sekali nak upload. . .Banyak sgt kot. . . Sejak adik aku beli Handphone baru( S4 ) ,  Keje kitorang tangkap gambar je lah. . . Camere pun cantik. . . 

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi malawat blog nih. . .Walaupun dah jarang giler update. .  Tapi ada masa2 tetap update jugak, walaupun hanya gambar sahaja. . . . Dah malas dah nak tulis panjang2. .  Xde mood. . . haha. . 
ok lah. .  Saya dan keluarga dan juga warga kerja Petron ingin mengucapkan
 "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. ."
Minta maaf kalau ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan sesiapa, semoga kita semua gembira dalam menyambut bulan syawal.. 

 :-)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...