Cerita Abang dan Adik

Dah lama rasanya nak buat post tentang aku dengan adik aku nih , tapi disebabkan xde kerajinan nak mengarang sebab tu lah x buat- buat lagi nih.... 
haa. .  sekarang aku nak bercerita tentang diri aku dengan adik aku. . . Post kali nie ada part yang seronok dan ade part yang sedih sikit la. . . Sebab banyak lah bende berlaku antara aku dengan adik aku nih dari kecik sampai lah ke besar. . . .Nama pun adik beradik...  Dulu masa kecik2 perangai lain , bila dah besar perangai lain2 pulak. . .   Macam2 lah kisah aku dgn adik aku nih.. .


Oklah nak start bercerita. .   Nama aku Muhammad Ikhwan Syafiq b. Mohammad Rafix dan adik aku pulak Muhammad Nazrul Faiz b. Mohammad Rafix . . Panjang x nama kami . . haha. . . Aku dilahirkan pada bulan Jun 1993 dan adik aku pulak lahir bulan Mac 1994  . . .  Kiranya belom sempat setahun aku dilahirkan kemudian adik aku pulak dilahirkan. . .  Ataupun 9 bulan selepas kelahiran aku, adik aku pulak dilahirkan. . .   agak2 paham x. . ??  huhu... lau xpaham cube lah pahamkan. . . Kami berdua lahir ditempat yang sama iaitu Hospital Bukit Mertajam P.Pinang.. Dan negeri asal kami kedah. . .
Kirannya nak cerita kat sini . . Kami adalah best friend dari kecik sampailah sekarang . . .

Kisah abang dan adik masa kecik..
Dulu masa kitorang kecik2. . . Umur kitorang dalam lingkungan 3 tahun hingga 11 tahun.. Kitorang tinggal dekat kawasan perumahan yang tak ramai penduduknya orang melayu. .Masa tu kat Kulim , Kedah... Kebanyakkannya jiran setempat kat situ orang cina dgn india je. . . Jadi masa kecik2 kitorang kurang berkawan dengan orang luar. . .  So , kitorang berkawan dua orang aja lah. . .  Dia lah satu satunya kawan aku yang selalu teman aku main. . Dulu kitorang main basikal sama2. . Main lari2 sama2.  . Main game sama2. . .  Apa2 aja pun kitorang buat mesti sama2. .
  Walaupun kitorang nie best friend , tapi x lepas jugaklah daripada bergaduh. . . huhuhhu. . .
Biasalah. .budak2 kalau main mana boleh x gaduh. . . Gaduh pun kejap2 je. . . Lepas tu baik balik. . haha. . . .  Biasalah budak kecik kan. . .

Apa anggapan orang lain tentang abang dan adik nih??  
   Nak tahu x ape. . .??
Dulu masa kitorang kecik2 orang selalu ingat yang kitorang nie kembar. . . haha. . . kembar ke. . ? huhu . .sebenarnya x pun. . . aku abang dan dia adik. . .  Umur kitorang beza 9 bulan je. .  Sebab tu kitorang nampak kembar kot. . . Muka pun ada iras2 sikit. . .
Ada jugak orang anggap yang Adik aku nie Abang, dan aku nie Adik . . .Jadi terbalik pulak. . . Sebabnya, aku lagi rendah dari adik aku. . haha. . .  Pelik x. .  Adik lagi tinggi dari abang...Pelik bin ajaib..

Apa pula cerita bila kitorang dah masuk sekolah menengah . .??
  Masa kitorang dah masuk sekolah menengah . .. Kitorang still lagi best friend sama macam kecik - kecik dulu. . . .... Still meminati bende yang sama... kitorang suke main game, baca komik dan tengok citer cartoon jepun. . .  huhu. . Dulu kalau pergi supermarket atau mall , kitorang mesti akan pergi ke kedai buku untuk beli buku komik. . Macam2 jenis buku komik lah kitorang beli. . . Naruto, Doraemon, Detective Conan...  Sekarang dah jadi koleksi simpanan kitorang. . Bila kumpul balik buku2 tu , tinggi menggunung macam gunung everest. .  Banyak sangat. . Dan kitorang x bagi mak kitorang buang. . Sbb syg sgt. . haha. .
Selain buku komik. Kitorang minat tengok anime ( carton jepun) .. Minat sgt. .  Sampai sekarang!  Dulu tgk cerita carton dekat astro animax. . Pastu bila dah ada computer dengan internet , x tgk dah la kat astro . . Download je , semua ada. . . tak pun tgk online. . . ~.~
    Lagi satu kitorang dua nih terlampau minat main game. . . Antara game yang kitorang pernah main dulu , game yang pakai tape tu dengan PS2.  Game computer jarang main sebab time nih belom ada computer lagi.... .  Dah banyak sangat lah koleksi game2 kitorang dan macam2 jenis game lah yang pernah kitorang main. . . . Sampai dah naik muak dah.. . .
Kami dan Game x dapat dipisahkan. . . =,='


Bergaduh ke...??  Kenapa dah jarang nak bertegur..??

   Aku mengalami perasaan berbeza tentang hubungan aku dengan adik aku..... Masa nie kitorang dalam lingkungan form 4 hingga kitorang habis sekolah. .Dalam tempoh nie aku ada perasan sesuatu , aku rase macam hubungan kitorang ada sedikit kelainan (macam x berapa rapat sangat la) . ...  Aku jarang cakap dengan adik aku. .  asyik nak marah dia je. . kejap2 x puas hati. . Xtau lah. . Tapi aku ade rase macam tu lah. . . Mak aku pun ada cakap macam tu jugak. . .  Ada suatu hari tu , mama ada cakap dekat aku .... "kenapa abang dah x nak kawan dengan adik dah..??" "Kenapa abang dah xnak amek kisah pasal adik ?? , dulu mama tgk abg dgn adik rapat.."  masa tu mama cakap dgn nada marah jugak lah. . .  Bila mama cakap macam tu kat aku dulu. . .Aku rasa macam tersentap sekejap. . . Aku cuba renung balik. . . rupa2 nya memang betul apa yang mama cakap. . .  Memang aku dah x amek kisah lagi tentang adik aku. .  Jarang kitorang bercakap. .  Asyik bergaduh x puas hati je. . . Lama jugak tempoh tu 3 tahun kot...
Nak tahu sebab dia x. . . ??
         Dalam tempoh tu. . . Aku banyak bergaul dan berkawan dengan kawan2 kat luar. . . . adik aku pulak dia jenis x suke keluar rumah. . . dia suka duduk dalam rumah je. . . Dia x banyak bergaul dengan org luar macam aku nie. . . Lagi2 masa tu ayah bagi aku motor. .  Memang aku nie x lekat rumah la jawabnya. . .So, masa tu aku pun jarang jumpe dia. .  .   . Kadang2 bila pergi sekolah. . . Aku mana ikot dia lagi. . Aku naik motor sendiri .. Dia pulak bapak aku hantar. . .  Bila balik sekolah je, kadang aku tidor, kadang2 aku terus keluar rumah jumpe kawan2. . Pastu balik malam2. .   Itulah rutin aku setiap hari. . .
Masa nie aku sebok berkawan dengan kawan aku (Asyraf , Mizan , Wan , Akim)  sampai aku lupa adik aku sendiri yang dulunya kawan baik aku masa kecil. . . Eermm3. . . Teroknya aku ...


   Lepas tu apa jadi.?
Lepas je kitorang tamat sekolah. . . Masing2 dapat tawaran sambung belajar. . . Aku belajar dekat uniten, putrajaya , adik aku dekat matrik tangkak. .. . . Dah jarang sangat kitorang berjumpa . . Masing2 buat haluan sendiri dan masing2 belajar dekat tempat yang berbeza. . .Bila dah duduk jauh macam nie barulah terasa nikmatnya duduk dekat. . . Masa nie lah baru aku terasa. . Apa dah jadi hubungan aku dengan adik aku... Dulunya kitorang baik sgt. . ... Tapi sekarang dah x macam dulu dah. . . Bila aku pikir2 balik . . X patut lah jadi macam nie. . .kitorang nie kan adik beradik. . . kenapa perlu renggangkan hubungan kekeluargaan . .  Kenapa aku lebih penting kan kawan2 daripada darah daging sendiri. . . Patut ke aku buat macam tu. . .
     Start tu aku mula nekad. . . Setiap kali balik cuti. . aku cuba luangkan masa dengan adik aku. . . Nak kurangkan masa bersama kawan2. . . Setiap kali aku nak balik aku akan tanya mama dengan ayah dulu. . "adik balik x minggu nie..?? kalau adik balik abang nak balik skali..."  Dan setiap kali nak hantar adik balik matrik aku selalu ikot. . . . . ....
Jarang la aku x ikot. . . Tu pun kalau ayah aku x kasi ikot. . . Tp kebanyakkannya aku akan ikot.. . Sebab aku tahu kalau aku x ikot , x tahu lagi bila dapat jumpe dia sebab dia jarang dapat cuti... 


 Gambar nie kat RNR. . Masa nie nak hantar adik balik Matrik.. .  .Tahun lepas punye gambar. . . Bulan 9 lau x silap...
miss this moment. . .

 Gambar nie pon sama dekat RNR. .  Tapi hari lain. . . 

Gambar2 nie menunjukkan aku selalu ikot setiap kali mama dengan ayah hantar adik balik tangkak...
Adik pulak kadang2 dia ikot jugak mama ayah hantar abang balik putrajaya. . . .
same jelah kitorang. . .  : )
 Masa nie kitorang dah jadi kawan baik dah.... hehe...

 Bila dia balik je, ak rasa seronok sgt. . . sebab ada kawan nak berbual . . .
Pastu mulalah kitorang berbual pacal citer carton kitorang dan tah apa2 lagi tah. . . huak2....

Frist Time Kerje Sama-Sama
        Baru-baru nie frist time la aku dapat kerja dengan adik aku. . . ....  Tu pun x lama .. seminggu je. . .
 Selalunyer bile kerje, kitorang x dapat nak kerje sama2 sebab cuti sem kitorang lain2. . .. Time aku cuti adik aku tak cuti, time adik aku cuti aku plak tak cuti.. . . =,=
Kitorang dapat kerje sesame masa berbaki bulan puasa hari tu sampai awal syawal. . .  Daripada hari sabtu 3/8/2013 sampai hari sabtu berikutnya 10/8/2013  (8 hari). . . Pastu tu aku berhenti awal sebab nak buat assignment yang bertimbun dan x lama lepas tu dah kene balik campus dah. . . Sekejap jelah dapat kerje dengan adik aku. . .

Nie masa bulan puasa. . .
Pagi2 lepas sahur kitorang tidor kejap. . . Pastu dalam pukul 8 pagi kitorang bangun terus pergi kerje dengan ayah. . .  . Kadang2 pergi kerje awal, kadang2 lambat. . . Ikot suke lah. .  Kerje pon dengan bapak sendiri . . ahaha.....
Time kerje masa bulan puasa. . . Perasaan dia lain sikit. . . Penat sangat , lagi2 time lepas asar. .  tenaga macam dah xde langsung.... Nak bukak mulut nak bercakap pun x larat. . .  huuuuhh~~~   Pastu bila berbuka puasa pun payah sikit. . . Sebab x boleh sekali gus semua org buka puasa skali. . . kene tunggu giliran. . .  Sebab nnt x de sapa nak jadi cashier ... Orang cina dgn India datang isi minyak ikot suke2 hati diorang . . . Diorang buat2 x tau yang waktu magrib waktu orang islam berbuka puasa....  . . . . . ..   Paham lah org ckit. .  .!! haiish...!!

 Nie masa raya pertama. . terselit Mail plak dah kat bwah tu. . .haha . .
 Masa hari raya semua orang dapat duit raya daripada boss.. . .
Seronok diorang dapat duit raya.... . .
 Lepas tu sape yang kerje full time dapat gaji 3 kali ganda. . . Kaya ooo sape yang kerje time hari raya.  . . .  huhu
 Pagi2 raya dah kene jadi cashier. . .huhuhu ...sadis nyer. . . tapi seronok.. . .  :D
Selalunya aku cashier dgn kawan2. . . Tapi kali nie dengan adik aku sendiri.... 
masa hari raya pertama , org berpusu pusu nak balik raya. .  So , masa hari tu ramai giler org datang pam minyak... Selalunya time raya org akan beli barang kedai banyak2. . . Memang x cukup tangan nak buat kerje masa tu....


Nie hari raya Ke-2
Main HP baru . . .Adik aku baru beli HP (samsung galaxy S4). . .  Peerrhh...terbaek giler. . .
Dia kumpul duit gaji selama dua bulan semata- mata nak beli HP . . . Beli kat Jusco Tembrau... Harga promisi 2 k . . . Camere 13 mega pixel , boleh tahan la resolution gambar dia. . . Bila zoom pun still nampak jelas. . .
Kebanyakkan gambar raya taun nie amek pakai hp dia jelah...






 Nie masa raya ketiga..
Masa nie hari-hari terakhir aku kerje dengan adik aku untuk tahun nie. . .
Disebabkan banyak tugasan nak kene buat aku terpaksa berhenti dulu....
Mungkin lepas nie dah tak kerje sama2 kot. . . .  Masing2 dah sambung belajar...
x tau lah bila lagi dapat kerje sesame. . .
Masa hari tu tak banyak bende kitorang buat kat tempat kerja. .  Banyak posing je. .
tu yang pergi kat pam angin amek gambar tuh. . . .





Paling suka gambar nie. . . .
Aku dengan adik aku main gelak2. . . hakhakhahakhak. . . =,='
  Bukan senang nak jumpe adik aku dan bersuka-suka macam nie. . . Dulu masa kecik2 selalu la. . Tapi bila dah besar dah jarang....
masing2 belajar tempat jauh2 dan berhaluan sendiri. .
Nih jelah aku sempat luangkan masa dengan adik aku. . .
Dulu dia belajar dekat matrik tangkak, lepas nih dia pergi belajar dekat UITM Bukit Mertajam Pulau Pinang  . .Lagi jauh dari yang dulu.....
Memang lepas nih jarang sangat lah kitorang jumpe,.. .
Rindu kenangan dalam gambar nie. .

Itulah kisah2 aku dengan adik aku sorang nih.. . . . . Semamangnya banyak lagi kisah kitorang , tapi kalau nak cerita semuanya memang boleh buat satu novel lah citer dia. . . 
Tiba- tiba rasa menyesal bila kenang balik ape yang berlaku sepanjang aku tak menghiraukan adik aku nih... Kenapalah aku lebih pentingkan kawan2 daripada adik sendiri. . .  
Bukan kita x boleh nak berkawan, tapi jangan lah sampai lupa darah darah daging kita sendiri.. . .  
Ada masa kita dengan kawan2 kita, dan ada masa jugak jangan lah kita lupa untuk luangkan masa dengan adik beradik kita sendiri atau family kita.....
Huummm. . . Tapi x pelah. . .  Bende dah berlalu... . 
Baru2 nie mama ayah ada cakap .... ayat dia lebih kurang macam nie la. . mama ngn ayah kata "Abang dengan adik dah baik2 balik . . "         hehe... time tu aku senyum aja la....
Sekarang pun aku dah berkawan baik dengan adik aku. . . .. Kemana saja nak pergi rasa macam nak bawak adik sekali. . . Rasa kalau dia x ada rasa bosan. . . . . .
 
Oklah ...dah panjang sangat dah kisah aku dengan adik aku nih.. . .  Aku pun dah xtau ape yang aku meraban meroyan kat sini...Mesti korang semua bosan kan baca. . .
hahaha. . .   Ayat aku nih pun dah macam ape tah. . . tunggang tebalik. . . maklumlah dah lama x mengarang. . . last dulu masa sekolah . . . sejak masuk U mana ada belajar karangan lagi . . . . So , ayat pun lingtang pukang lah jadi nyer . . .  

Terima Kasih kepada yang sudi membaca entry tuk kali ini. . . bye2 . . . Assalam....

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...