Insan
itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan penderitaan.. Terdedah kepada dukacita
dan sengsara,… sehebat mana pun pangkatnya…
Fitrah insan , tidak kebal dari panahan sengsara dan duka… Jika tidak menimpa pada tubuhnya, menimpa pada hartanya..
Jika tidak pada hartanya, menimpa pada maruahnya… Jika tidak pada maruahnya…
pada perasaanya di sebabbkan pelbagai punca… mungkin kehilangan org yg dicintai
atau dikhianati oleh orang yang disayangi….
Segalanya mungkin… Itulah hakikatnya kehidupan kita dan itulah
hakikat kehidupan seorang insan…
Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara,
dihambat oleh duka, dia akan beusaha mencari tempat bergantung…. Mencari dahan
berpaut.. … Mencari teduhan untuk
berlindung.. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba.. kepada siapa hendak aku
mengadu? Siapakah yang boleh menolong aku… Siapakah yang mampu tolong untuk
mengeluarkan daku dari kemudaratan ini?
Duka, gundah dan sengsara itu tidak di minta bahkan kita
disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya … Namun betapa ajaibnya
mahkluk yang bernama derita.. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah
kedalam dada dan jiwa… Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakalnya kita sukar
mengerti perasaan yang dialami…
“ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa
yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa….." Hiasi
hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada Allah dan mohon ampun kepada-Nya
dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk… Itulah penawar yang akan membuka
kebahagiaan.. Itulah janjinya…
Menagislah
wahai mata…
petanda kau hanyalah hamba….
menangislah wahai mata…
rintihan buat yang maha esa…
Menangislah..
dalam suram cahaya malam…
di sunyi sepi yang murni…
dalam asyikkan alunan wahyu tuhan…
dalam indah kalimah hikmah…
dalam sebak mengenang dosa…
dalam shadu merindui pahala…
petanda kau hanyalah hamba….
menangislah wahai mata…
rintihan buat yang maha esa…
Menangislah..
dalam suram cahaya malam…
di sunyi sepi yang murni…
dalam asyikkan alunan wahyu tuhan…
dalam indah kalimah hikmah…
dalam sebak mengenang dosa…
dalam shadu merindui pahala…
Maka
menangislah wahai mata….
biar setiap ketika, biar setiap masa…
jika tidak membasahi pipi…
biar tetap membasahi nurani…
biar setiap ketika, biar setiap masa…
jika tidak membasahi pipi…
biar tetap membasahi nurani…
Menangislah
wahai mata…
mutiara meriwayatkan cinta…
antara hamba dan tuhannya…
sedumu meriwayatkan duka…
jiwa hamba memanggil pencipta..
mutiara meriwayatkan cinta…
antara hamba dan tuhannya…
sedumu meriwayatkan duka…
jiwa hamba memanggil pencipta..
Menangislah dengan penuh kepiluan..
agar kau tenggelam dalam lautan tiada bertepian..
menangis dengan sepenuh jiwa…
agar kau rasa kurnia yang tiada teduga…
Menangislah …
agar kau tahu ada bezanya…
antara air mata meratapi dunia..
dan tangisan memanggil yang Maha Esa..