Insan


        Insan itu insan. Terdedah kepada kesusahan dan penderitaan.. Terdedah kepada dukacita dan sengsara,… sehebat mana pun pangkatnya…  Fitrah insan , tidak kebal dari panahan sengsara dan duka… Jika  tidak menimpa pada tubuhnya, menimpa pada hartanya.. Jika tidak pada hartanya, menimpa pada maruahnya… Jika tidak pada maruahnya… pada perasaanya di sebabbkan pelbagai punca… mungkin kehilangan org yg dicintai atau dikhianati oleh orang yang disayangi….   Segalanya mungkin… Itulah hakikatnya kehidupan kita dan itulah hakikat kehidupan seorang insan…


            Apabila insan ditimpa derita, dikepung oleh sengsara, dihambat oleh duka, dia akan beusaha mencari tempat bergantung…. Mencari dahan berpaut.. …   Mencari teduhan untuk berlindung.. Jiwa dan fikirannya melayang dan meraba.. kepada siapa hendak aku mengadu? Siapakah yang boleh menolong aku… Siapakah yang mampu tolong untuk mengeluarkan daku dari kemudaratan ini?
Duka, gundah dan sengsara itu tidak di minta bahkan kita disuruh berlindung dengan Allah daripada semuanya … Namun betapa ajaibnya mahkluk yang bernama derita.. Ia boleh datang dalam pelbagai rupa, menerjah kedalam dada dan jiwa… Perasaan itu sukar dikawal bahkan adakalnya kita sukar mengerti  perasaan yang dialami…
            “ujian bagaikan bicara atau sapaan Allah agar kita ingat apa yang lupa, ubah apa yang salah atau tambahkan pahala dan padamkan dosa….." Hiasi hidup dengan istighfar, iaitu kembali kepada Allah dan mohon ampun kepada-Nya dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk… Itulah penawar yang akan membuka kebahagiaan.. Itulah janjinya…



Menagislah wahai mata…
petanda kau hanyalah hamba….
menangislah wahai mata…
rintihan buat yang maha esa…

Menangislah..
dalam suram cahaya malam…
di sunyi sepi yang murni…
dalam asyikkan alunan wahyu tuhan…
dalam indah kalimah hikmah…
dalam sebak mengenang dosa…
dalam shadu merindui pahala…
Maka menangislah wahai mata….
biar setiap ketika, biar setiap masa…
jika tidak membasahi pipi…
biar tetap membasahi nurani…

Menangislah wahai mata…
mutiara meriwayatkan cinta…
antara hamba dan tuhannya…
sedumu meriwayatkan duka…
jiwa hamba memanggil pencipta..
Menangislah dengan penuh kepiluan..
agar kau tenggelam dalam lautan tiada bertepian..
menangis dengan sepenuh jiwa…
agar kau rasa kurnia yang tiada teduga…

Menangislah …
agar kau tahu ada bezanya…
antara air mata meratapi dunia..
dan tangisan memanggil yang Maha Esa..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...