Persoalan Kehidupan

Salam ukhuwah sekencang dakwah....Alhamdulillah,.....pada hari ini saya masih lagi diizinkan Allah s.w.t untuk berada dalam nikmat iman dan islam...masih berpeluang untuk bernafas dan terus melangkah sebagai seorang hamba...sedikit perkongsian sekadar bicara dari hati...

hati tersentak apabila diaju persoalan soal kehidupan...ye,kehidupan yang penuh ranjau dan duri...penuh warni-warni....kadangkala bahagia menyapa..tapi seringkali duka menjadi peneman setia..kehendak dan keinginan yg selalu menuntut pengakhirannya gembira tak selalu hadir...malah sebaliknya yg terjadi...hati akan terus mempersoalkan mengapa dan kenapa...kenapa aku bukan dia....mengapa begini bukan begitu...mengapa itu tidak kumiliki...kenapa dia mampu melakukan itu kenapa aku hanya setakat ini......natijahnya persoalan kepada mengapa dan kenapa tiada penghujungnya...sentiasa berlegar-legar di fikiran...hati gelisah...jiwa tidak pernah merasa cukup dengan apa yg dimiliki....sentiasa merasa ingin lebih...dan lebih...iri menjadi sahabat sejati....tidak pernah puas dengan nikmat kurniaanNYA...ye,betul kadangkala persoalan itu perlu untuk memotivasikan diri dalam usaha pembaikan ke arah kebaikan....contohnya,kenapa ye result aku begini..kenapa orang lain mampu dapat lebih baik daripada aku....mungkin,usaha aku kurang...dan kita akan dapat energy untuk berubah....tapi apabila ia melebihi hadnya...seoalah-olah kita cuba mempersoalkan takdir yg telah ditetapkan oleh Allah...melawan qada' dan qadarNYA....sehingga sampai satu tahap terlalu menginginkan kesempurnaan hingga tidak mampu mendidik hati untuk menerima kekurangan..kerana terlalu melihat dan memandang kelebihan orang lain sehingga hanya nampak kekurangan pada diri sendiri ,sudah tidak ada kelebihannya...muram dan sedih akan merantai hati...dan bahagia seolah-olah sudah tak sudi menyinggah dalam kehidupan...







Duhai diriku,cubalah mendidik hatimu. tak semestinya apa yg kita hajati akan tertunai,usahlah terlalu mengharap kesempurnaan,janganlah berlebihan mencari kelemahan diri sehingga melunturkan semangat dan iman...sehingga nikmat Allah yg tak terhingga dikaburi dengan ketidakcukupan itu....bukan maksudnya merasa cukup dan tak payah berusaha untuk lebih baik...tapi dalam berusaha kebergantungan dan keyakinan pada aturan Allah itu harus mendahului agar kecewa dan duka tak berlarutan andai apa yg dihajati tak kesampaian..agar iman bisa meneutralkan hati walaupun apa yg menimpa amat sukar ditempuhi..agar putus asa pada rahmat Allah tiada dalam kamus hidup kita....duhai hatiku ,tak tahu bagaimana harus diri ungkapkan lagi...sama-samalah kita mendidik hati agar redha dan berlapang dada dengan apa yg terjadi walaupun terpaksa menelan kepahitan...pandanglah setiap yg berlaku dalam kehidupan dengan mata hati dan keimanan...walaupun kita tak mampu merungkai setiap hikmah namun cukuplah keyakinan yg menyeluruh pada Allah menjadi penawar paling mujarab dalam mencapai ketenangan dan kebahagiaan...usahlah mengungkap perkataan 'kalau'...kerana ia membuka ruang pada syaitan untuk melancarkan serangannya.....hanya satu pesananku duhai sahabat....berpeganglah pada prinsip ini...walaupun kita cuba merancang sebaik mungkin namun dalam ilmu Allah segala sesuatu...tak semestinya yg pahit itu...selamanya akan pahit...andai rasa berat benar ujian itu...berfikirlah sejenak masih ada lagi yg insan yang ujiannya lebih berat dariapada kita....peringatan buat diri sendiri yg amalnya masih terlalu banyak compang-campingnya... .  Maaf.....,   semoga sedikit perkongsian pada entry ini dapat memenuhi kehendak hati sahabat yg seorang ini .......

Duhai Wanita


   Pesanan buat diri dan sahabat-sahabat sekalian.. Isikanlah kekosongan hatimu dengan cinta illahi.. Jangan membiarkan angan-angan sepi menguasai dirimu hingga asyik dibuai mimpi dan impian bertunjangkan nafsu semata-mata.. Jangan membiarkan hatimu lelah menagih cinta insani hingga dirimu lupa pada sang pencipta iaitu Pemilik Cinta yang Hakiki...Dambalah cinta illahi, sibukkan dirimu dengan mengingati penguasa dunia yang fana ini... Cintailah Allah InsyaAllah kau dan dia akan dipertautkan di bawah naungannya , tapi ingatlah dirimu dan diriku janganlah terlalu memikirkan soal hati dan perasaan sehingga amanah sebagai seorang khalifah di muka bumi ini terabai.. Sememangnya ianya tidak dapat disangkal  lagi kerana ia fitrah namun tuntunlah ia sebaik mungkin.. Ya Rabbul Izzati, ku pohon diisikan kekosongan di relung hatiku ini dengan cintaMu..

   Duhai kamu yang tercipta di tulang rusukku..... Dibelahan bumi manapun kamu berada..Bagi ku kau bunga, tak mampu kusamakan mu dengan bunga terindah sekalipun... tercoret pada perwatakkanmu ciri-ciri wanita solehah yang ku cari selama ini... Terserlah kematanganmu pada tahap umurmu..  Jangan pernah biarkan aku menatap penuh, kerana ia akan membuatkan aku mengingatimu..
Berimbas pada susunnya gambarmu dalam tiap-tiap dinding khayalanku... Kasihani dirimu jika harus hadir dalam diriku yang masih penuh lumpur... Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci...
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung.. Menyentuhmu merupakan keinginan naluriku, tetapi syariat tetap menghalangi ku..meski hujung penutup wajahmu tidak sekali berani ku sentuh..  Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan...



   Mungkin kau tak peduli, tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah,.. Dan tidak lebih dari wanita biasa.. Jangan pernah kau tatapku penuh.. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku..  Bukan kerana aku terlalu sempurna , tapi kerana aku masih kotor...
Aku bisa memakai topeng yang indah pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas, meniru gaya para ustaz, meskipun hati lebih kotor dari lumpur.. kau sangat suci tapi mungkin juga kau bisa tergugat. . . .

    Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.. berilah sepenuh diri kapada lelaki yang suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan tuhanmu.. Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah, atau kejarlah sang lelaki yang suci itu, kerana itu adalah hak mu dah kerana mencontohi khadijah..
Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir dalam kitab suci..... Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati , relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu..mungkin sekarang atau nanti., atau mungkin sampai mati...
mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia yang fana ini, mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan kekusyukkan tangis doa mu.. Pilihan Allah tidak seindah keinginan mu ..Tapi itulah pilihanNya....

Tiada yang lebih baik daripada pilihan Allah..

Atau mingkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.. Kekasih  tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita....

Cinta Di Depan Mata

  Yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukannya peralatan elektronik, komputer atau barang-barang antik yang lain.. Yang paling berharga ialah manusianya- isteri atau suami dan anak-anak kita...  Itulah modal insan yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya.. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri, suami dan anak-anak lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita..??


   Lain yang difikirkan, lain pula yang dirasa.. Cuba renungkan, berapa ramai suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding "keadaan keretanya"..?  Tak ramai.. Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap minggu berkepit dgn joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isterinya kesepian dirumah.. Atau para isteri yang leka dengan koleksi orkid dan barang-barang antik, dibelek dan di kelek siang dan malam, sedangkan  anak-anak terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya..

  Bila kereta aneh sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya..  Tetapi isteri yang batuk-batuk , lenguh dan sembab dibiarkan .. Alasannya itu memang adat, badan dah tua.. Itu belum dikira yang workaholic- bekerja siang malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibuk? Dia menjawab, demi anak dan isteri.. Padahal , dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan anak dan isteri.. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit.. Bila duit sudah terkumpul . . . . kesihatan pula tergadai, rumah tangga sudah berkecai, anak-anak sudah terabai..

   Hargailah sesuatu selagi ia ada didepan mata.. Begitu selalu pesan cendikiawan dan pujangga.. Malangnya, kita selalu terlepas pandang.. Sesuatu yang "terlalu" dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas.. Isteri di depan mata, tidak dihargai.. Anak yang berhampiran, sering ditinggalkan .. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri.. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatah pun berbual.. Suami, isteri dan anak-anak sibuk melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.. . .

   Remaja leka dengan SMS dan MP3, tanpa ingin berbual-bual dengan ibu bapa.. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan ibu bapa yang ditinggalkan.. No news is good news.. Begitu selalunya, kata mereka. Tetapi bila tiba tiba-ibu bapa diserang strok, hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka puaslah anak-anak menangis kerana tidak dapat mendengar suara ibu bapa lagi . . . Waktu itu barulah duduk ditepi katil hospital , merenung mata emak yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara..........

   Hidup terlalu singkat.. Hidup hanya sekali.. Yang pergi takkan kembali lagi, Yang hilang mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula.. Apakah ibu bapa yang hilang akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang pergi . . . . . akan pulang semula ??  Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam , lebarkan senyuman.. Mungkin esok, anda tidak pulang atau tidak ada lagi si dia yang menuggu di sebalik pintu.. Mungkin anda pergi atau mungkin dia yang pergi.. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta.. Kita tidak akan bahagia , selagi orang di sisi kita tidak bahagia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...