Duhai kamu yang tercipta di tulang rusukku..... Dibelahan bumi manapun kamu berada..Bagi ku kau bunga, tak mampu kusamakan mu dengan bunga terindah sekalipun... tercoret pada perwatakkanmu ciri-ciri wanita solehah yang ku cari selama ini... Terserlah kematanganmu pada tahap umurmu.. Jangan pernah biarkan aku menatap penuh, kerana ia akan membuatkan aku mengingatimu..
Berimbas pada susunnya gambarmu dalam tiap-tiap dinding khayalanku... Kasihani dirimu jika harus hadir dalam diriku yang masih penuh lumpur... Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci...
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung.. Menyentuhmu merupakan keinginan naluriku, tetapi syariat tetap menghalangi ku..meski hujung penutup wajahmu tidak sekali berani ku sentuh.. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan...
Mungkin kau tak peduli, tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah,.. Dan tidak lebih dari wanita biasa.. Jangan pernah kau tatapku penuh.. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku.. Bukan kerana aku terlalu sempurna , tapi kerana aku masih kotor...
Aku bisa memakai topeng yang indah pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas, meniru gaya para ustaz, meskipun hati lebih kotor dari lumpur.. kau sangat suci tapi mungkin juga kau bisa tergugat. . . .
Kerana kau hanya manusia-hanya wanita.. berilah sepenuh diri kapada lelaki yang suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan tuhanmu.. Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah, atau kejarlah sang lelaki yang suci itu, kerana itu adalah hak mu dah kerana mencontohi khadijah..
Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir dalam kitab suci..... Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati , relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu..mungkin sekarang atau nanti., atau mungkin sampai mati...
mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia yang fana ini, mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan kekusyukkan tangis doa mu.. Pilihan Allah tidak seindah keinginan mu ..Tapi itulah pilihanNya....
Tiada yang lebih baik daripada pilihan Allah..
Atau mingkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi.. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita....




0 comments:
Post a Comment