Yang paling berharga di dalam rumah kita bukannya perabot, bukannya peralatan elektronik, komputer atau barang-barang antik yang lain.. Yang paling berharga ialah manusianya- isteri atau suami dan anak-anak kita... Itulah modal insan yang sewajarnya lebih kita hargai daripada segala-galanya.. Tetapi benarkah kita telah menghargai isteri, suami dan anak-anak lebih daripada barang-barang berharga di rumah kita..??
Lain yang difikirkan, lain pula yang dirasa.. Cuba renungkan, berapa ramai suami yang lebih prihatin tentang perasaan isteri berbanding "keadaan keretanya"..? Tak ramai.. Itu belum dikira lagi kaki pancing yang setiap minggu berkepit dgn joran dan umpan tetapi membiarkan anak-anak dan isterinya kesepian dirumah.. Atau para isteri yang leka dengan koleksi orkid dan barang-barang antik, dibelek dan di kelek siang dan malam, sedangkan anak-anak terbiar tanpa ditanya perasaan dan didengar luahan hatinya..
Bila kereta aneh sedikit bunyinya, cepat-cepat diusung ke bengkel, dibetulkan enjin, ditunekan semula bunyinya.. Tetapi isteri yang batuk-batuk , lenguh dan sembab dibiarkan .. Alasannya itu memang adat, badan dah tua.. Itu belum dikira yang workaholic- bekerja siang malam, tak kenal cuti dan rehat... Bila ditanya mengapa begitu sibuk? Dia menjawab, demi anak dan isteri.. Padahal , dia bekerja sampai ke tahap mengabaikan anak dan isteri.. Aneh juga, ada yang mencari duit sampai tidak sempat menikmati duit.. Bila duit sudah terkumpul . . . . kesihatan pula tergadai, rumah tangga sudah berkecai, anak-anak sudah terabai..
Hargailah sesuatu selagi ia ada didepan mata.. Begitu selalu pesan cendikiawan dan pujangga.. Malangnya, kita selalu terlepas pandang.. Sesuatu yang "terlalu" dekat, kekadang lebih sukar dilihat dengan jelas.. Isteri di depan mata, tidak dihargai.. Anak yang berhampiran, sering ditinggalkan .. Kajian menunjukkan bahawa para suami di Amerika lebih banyak meluangkan masa menonton TV daripada bercakap dengan isteri.. Di sini apa kurangnya, tiga jam menonton TV bersama tanpa sepatah pun berbual.. Suami, isteri dan anak-anak sibuk melayani fikiran sendiri walaupun duduk hanya berselang beberapa inci.. . .
Remaja leka dengan SMS dan MP3, tanpa ingin berbual-bual dengan ibu bapa.. Jika duduk berjauhan, masa berSMS dengan teman lebih banyak berbanding dengan ibu bapa yang ditinggalkan.. No news is good news.. Begitu selalunya, kata mereka. Tetapi bila tiba tiba-ibu bapa diserang strok, hilang keupayaan bercakap dan bergerak, maka puaslah anak-anak menangis kerana tidak dapat mendengar suara ibu bapa lagi . . . Waktu itu barulah duduk ditepi katil hospital , merenung mata emak yang berkelip-kelip, tanpa kata, tanpa suara..........
Hidup terlalu singkat.. Hidup hanya sekali.. Yang pergi takkan kembali lagi, Yang hilang mungkin tumbuh lagi... Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula.. Apakah ibu bapa yang hilang akan berganti? Apakah anak, isteri, suami yang pergi . . . . . akan pulang semula ?? Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.. Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam , lebarkan senyuman.. Mungkin esok, anda tidak pulang atau tidak ada lagi si dia yang menuggu di sebalik pintu.. Mungkin anda pergi atau mungkin dia yang pergi.. Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta.. Kita tidak akan bahagia , selagi orang di sisi kita tidak bahagia!
0 comments:
Post a Comment