Pernah suatu ketika seorang sahabat memberi tahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain... Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu mu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya.. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berrbuat demikian.. Lantas , Rasulullah pun berkata, "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.."
Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah.. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya.. Penyataan kasih sayang ini patut dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa... Pertama , secara cakap, kedua secara sikap.. Sayangnya, ramai suami telah melakukan kesilapan.. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi isteri , tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk kata-kata..
Selalunya.. . . ^_^ setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat kaliamat cinta seperti "I LOVE YOU" atau "Saya Sayangkan Awak" sudah semakin kurang kedengaran dalam perhubungan.. Ramai beranggapan , mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula- mula berkahwin dulu.. Sebenarnya penyataan sayang dalam bentuk perkataan perlu dijadikan kelaziman tidak mengira usia perkahwinan.. Kalimah sayang , cinta ataupun yang seumpama dengannya perlu selalu diluahkan seiring rasa sayang yang juga sepatutnya bertahan dan terus bertambah dalam perkahwinan..
Para suami tidak boleh terlalu lokek dengan kata-kata yang membelai, memujuk, bersimpati, menyayangi isteri.. Pengaruh kata-kata sangat besar dalam kerukunan rumah tangga. Jika sebutir kalimat yang buruk boleh membawa kehancuran, begitu juga sebaliknya , kalimah yang baik boleh membawa kebahagian dalam rumah tangga..
Jangan sekali-kali beranggapan bahawa cukup rasa sayang yang bersemi dihati, tidak perlu diluahkan lagi.. Sebaliknya, carilah masa yang sesuai dan ketika yang baik untuk meluahkannya,.. Suami juga boleh menunjukkan sayangnya dalam bentuk kata-kata pujian, tazkirah dan dalam bentuk empati; misalnya "sudah seharian awak buat assignment , tentu letih kan?" dan sebagainya.. Kita berkata-kata dalam bentuk empati .. Simpati hanya menunjukkan simpati, sedangkan empati bermaksud kita ingin menunjukkan bahawa kita turut merasakan kesusahan , kesenangan atau apa saja bentuk emosi yang dialami oleh isteri kita..
Penyataan sayang juga mesti diluahkan dalam bentuk sikap. Kita sedia maklum sikap memberi kesan yang lebih daripada sekadar cakap untuk membuktikan kasih sayang.. Maksudnya, manusia lebih mempercayai kata-kata yang dibuktikan melalui sikap daripada kata-kata kosong atau cakap tidak serupa bikin.. Sehubungan dengan itu, suami hendaklah membuktikan menerusi tindakannya bahawa dia benar-benar menyayangi isterinya..
Sikap boleh ditunjukkan dalam bentuk belaian fizikal. katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan.. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas.. Sedangkan , semakin bertambah usia perkahwinan , sewajarnya semakin banyak belaian fizikal antara suami isteri...
Selain itu , kasih sayang itu juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan2 di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya.. Membela disini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah.. Tetapi membela dalam erti kata bersimpati terhadap krisis yang mereka alami.. Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut.. Jangan sekali-kali kita menempelak , menyindir atau membiarkan mereka keseorangan... Buktikan kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi "serangan" orang lain...
0 comments:
Post a Comment