Tunjukkan Sayangmu

   Pernah suatu ketika seorang sahabat memberi tahu Rasulullah SAW akan rasa sayangnya kepada seorang sahabatnya yang lain... Rasulullah pun bertanya semula, apakah dia telah memberitahu mu sahabatnya itu tentang rasa kasihnya.. Sahabat itu menjawab bahawa dia belum berrbuat demikian.. Lantas , Rasulullah pun berkata, "Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah bahawa kamu mengasihinya.."

   Jika anda menyayangi seseorang, nyatakanlah.. Dalam rumah tangga, seorang suami harus menyatakan kasih sayang kepada isterinya.. Penyataan kasih sayang ini patut dinyatakan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian keadaan dan masa... Pertama , secara cakap, kedua secara sikap.. Sayangnya, ramai suami telah melakukan kesilapan.. Kesilapan mereka bukannya tidak menyayangi isteri , tetapi tidak ataupun semakin kurang meluahkan rasa sayang itu dalam bentuk kata-kata..

   Selalunya.. . .  ^_^ setelah usia perkahwinan meningkat, kalimat kaliamat cinta seperti "I LOVE YOU" atau "Saya Sayangkan Awak" sudah semakin kurang kedengaran dalam perhubungan.. Ramai beranggapan , mereka sudah terlalu tua untuk mengucapkan kalimat kalimat yang lazimnya diucapkan sewaktu mula- mula berkahwin dulu.. Sebenarnya penyataan sayang dalam bentuk perkataan perlu dijadikan kelaziman tidak mengira usia perkahwinan.. Kalimah sayang , cinta ataupun yang seumpama dengannya perlu selalu diluahkan seiring rasa sayang yang juga sepatutnya bertahan dan terus bertambah dalam perkahwinan..

   Para suami tidak boleh terlalu lokek dengan kata-kata yang membelai, memujuk, bersimpati, menyayangi isteri.. Pengaruh kata-kata sangat besar dalam kerukunan rumah tangga. Jika sebutir kalimat yang buruk boleh membawa kehancuran, begitu juga sebaliknya , kalimah yang baik boleh membawa kebahagian dalam rumah tangga..

   Jangan sekali-kali beranggapan bahawa cukup rasa sayang yang bersemi dihati, tidak perlu diluahkan lagi.. Sebaliknya, carilah masa yang sesuai dan ketika yang baik untuk meluahkannya,..  Suami juga boleh menunjukkan sayangnya dalam bentuk kata-kata pujian, tazkirah dan dalam bentuk empati; misalnya "sudah seharian awak buat assignment , tentu letih kan?" dan sebagainya.. Kita berkata-kata dalam bentuk empati ..  Simpati hanya menunjukkan simpati, sedangkan empati bermaksud kita ingin menunjukkan bahawa kita turut merasakan kesusahan , kesenangan atau apa saja bentuk emosi yang dialami oleh isteri kita..



   Penyataan sayang juga mesti diluahkan dalam bentuk sikap. Kita sedia maklum sikap memberi kesan yang lebih daripada sekadar cakap untuk membuktikan kasih sayang.. Maksudnya, manusia lebih mempercayai kata-kata yang dibuktikan melalui sikap daripada kata-kata kosong atau cakap tidak serupa bikin.. Sehubungan dengan itu, suami hendaklah membuktikan menerusi tindakannya bahawa dia benar-benar menyayangi isterinya..

    Sikap boleh ditunjukkan dalam bentuk belaian fizikal. katakanlah isteri kita membuat sesuatu perkara yang baik, maka kita pun membelai rambutnya atau menepuk bahunya sebagai tanda sokongan dan penghargaan.. Ini adalah salah satu bentuk sentuhan fizikal yang sering diabaikan terutamanya oleh pasangan suami isteri yang berusia 40 tahun ke atas.. Sedangkan , semakin bertambah usia perkahwinan , sewajarnya semakin banyak belaian fizikal antara suami isteri...

   Selain itu , kasih sayang itu juga mesti dibuktikan dalam bentuk tindakan pembelaan. Katakanlah isteri menghadapi krisis dengan keluarganya atau kawan2 di tempat kerja, maka kita sebagai suami perlu membelanya.. Membela disini bukan bermaksud membenarkan sahaja sikap isteri walaupun kita tahu dia bersalah.. Tetapi membela dalam erti kata bersimpati terhadap krisis yang mereka alami.. Juga dengan memberi jalan penyelesaian ataupun panduan-panduan untuk mereka bertindak dalam menyelesaikan sebarang persengketaan peribadi tersebut.. Jangan sekali-kali kita menempelak , menyindir atau membiarkan mereka keseorangan... Buktikan kita sentiasa di sisi isteri ketika dia menghadapi "serangan" orang lain...

Gembira Dengan Memberi Kebahagiaan

  Penceraian tetap dikaitkan dengan putusnya kasih sayang antara suami dan isteri.. Tetapi mengapa kekadang kita lihat pasangan yang seolah-olah masih sayang-menyayangi tetapi akhirnya bercerai juga? Masing-masing inginkan kasih-sayang, tetapi mengapa tidak mendapatnya? Sepatutnya , apabila sama-sama inginkan kasih sayang , kedua-duanya akan mendapatnya . Lainlah kalau seorang ingin , seorang tidak.......   x gitu..



   Kasih sayang itu ada hukumnya. Hukum kasih sayang ialah; berilah dahulu kasih sayang kepada orang lain.. Barulah kita akan mendapat kasih sayang mereka.. Selama ini hukum kasih sayang itulah yang telah dilanggar.. Masing-masing inginkan tetapi lokek memberinya.. Masing-masing saling menanti, tidak mahu memulakan.. Ingin mendapat , enggan memberi.......

   Dalam rumahtangga, keengganan memberi menyebabkan suami atau isteri hanya memikirkan untuk mendapat hak.. Walaupun hak itu wajib dipenuhi tetapi itu sepatutnya menjadi dorongan untuk kamu menunaikan hak , bukan menuntut hak... Dalam ertikata lain , peranan atau tanggungjawab isteri atau suami  mesti terlebih dahulu diutamakan daripada menuntut hak masing-masing..

   Dalam rumah tangga , suami ada peranan , isteri juga ada peranan .. Antara perana suami ialah memberi nafkah, menjadi pendidik, pemimpin pada isterinya.. Sekiranya suami menjalankan peranannya dengan baik, maka hak isteri dipenuhi.. Begitu juga dipihak isteri, dia juga ada peranannya.. Antaranya menjaga maruah, melayani suami, menjaga rumah, dan mengasuh anak-anak... Apabila isteri menjalankan peranannya, maka hak suami akan dipenuhi.....

   Krisis bermula apabila salah seorang atau kedua-duanya sekali, lebih focos menuntut hak ke atas pasangan masing-masing berbanding menjalankan peranan sendiri .. Suami misalnya, asyik menuntut hak.. Sering merungut kenapa dia tidak dilayan dengan baik.. Begitu juga dipihak isteri , asyik menuntut hak kepada suami.. Hendakkan itu , mahukan ini.. . . . .  Akhirnya masing masing melupakan peranan masing-masing.....

   Akibat saling berebut, tidak ada siapa yang untung.. Kedua-duanya rugi.. Bila dua peranan diabaikan , pasti kedua-duanya tidak mendapat hak.. Mengapa terjadi begitu..?? tau mengapa. . ?

   Orang yang suka menuntut hak sebenarnya orang yang pentingkan diri sendiri.. Hmm...  Dalam hati mereka yang begini , kurang sekali rasa ingin "memberi" .. Yang lebih dominan ialah rasa ingin "mendapat" . . . Jadi, masing-masing enggan berkorban.. Hakikatnya mereka bukannya sayangkan pasangan , tetapi mereka  sayangkan diri sendiri ... Cakap sahaja sayang , sikap tidak begitu.... Orang yang terlalu mementingkan diri sendiri akan meminggirkan orang lain.. Mereka ini lemah iman, justeru iman dan kasih sayang itu berkadar terus.. Apabila iman seseorang kuat , maka sifat kasih sayang terhadap orang lain juga akan meningkat.. Dan ini akan dibuktikan dengan keupayaan untuk memberi !



   Orang yang mempunyai rasa kasih sayang akan gembira apabila memberi berbanding menerima.. Seorang ibu yang memberi tenaga bahkan seolah-olah memberi nyawa ketika melahirkan anaknya akan merasa gembira sebaik tangisan pertama anaknya bergema.. Tanyakan kepada ayahnya apakah yang dirasainya ketika memberi hadiah kepada anaknya yang berjaya? Ya, anak yang menerima hadiah gembira, tetapi hati ayah yang memberinya akan lebih gembira lagi...

   Rupa-rupanya, memberi akan menggembirakan jika pemberian itu dilakukan penuh rasa kasih sayang.. Oleh itu, memberilah.  InsyaAllah, kawan-kawanku hati kita mesti gembira dengan syarat, kita memberi dengan kasih sayang.. Dan ini bererti menjalankan peranan serta menunaikan tanggungjawab lebih menggembirakan daripada menuntut hak......  Dengan syarat ada kasih sayang.. . . . .  kan2  ^_^

Kita Layak Bahagia

   Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya.. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat , benda lain pula yang dirasakan bahagia.. Pada yang miskin , kaya itu bahagia.. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia... Tidak percaya? Baca senarai panjang org kaya yang ternama yang membunuh diri atau sakit jiwa.. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia..

  Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia, tetapi ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya.. begitu kata-kata ahli-ahli hikmah apabila ditanya: Mengapa ramai manusia tidak bahagia.. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui.. Anehnya , manusia kerap bercakap tentang bahagia- rumah tangga bahagia , pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia.. Bercakap tanpa tahu makna?

   Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan.. Ketenangan itu letaknya dihati.. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa jua ujian hidup dgn sebaik-baiknya.. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur.. Jika yang datang musibah hati yang tenang bersabar.. Hati yang tenang dipenuhi oleh perasaan Qanaah, tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah.. Hati yang sedemikian dinamakan hati yang sejahtera (Qalbu Salim) .. Hati yang sentiasa dimiliki walaupun cuma sedetik , sebelum menemui illahi..




   Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... hanya ingat pada Allah.. Begitu maksud yang diungkap oleh Al-Quran.. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya mengingati Allah.. Apa maksud ingat Allah?
Cukupkah dgn ucapan dan sebutan Subahanalllah. Alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum... Maksud ingat Allah itu luas.. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak.. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan..

   Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima.. Tidak mengeluh , "kenapa aku yang kena?".. Sebaliknya terasa, "aku telah dipilih, "Aku hamba Allah , aku layak diuji ".. Kata ulama , untuk  tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu.. Rasakan diri hanya meminjam.. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik , hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah- Pemilik segalanya.. . . .

   Jadi untuk meringankan bebanan hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu.. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberi yang terbaik..

   Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka pada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan itu adalah sesuatu yang tidak baik.. Iktiqad (keyakinan) kita , bahawa semua ketentuan Allah itu baik.. Pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat,...

   Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku.. Kerana manusia harus terima , tidak boleh menolak ujian itu.. Hamba yang soleh menanggung qodar dgn sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah, kerana ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia.. Semuanya baik belaka..

  Nikmat maha suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya.. Hati yang tenang akan berbisik .......  " Tuhan ....  aku belum nampak kebaikan disebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas.. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu luas , pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik musibah ini .... yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."

  Bahagia itu bukan relatif dan subjektik sifatnya ... Tetapi ia adalah suatu yang mutlak , yang perlu dicapai oleh setiap insan.. Mujur dan syukur , perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan.. Ingat , kebahagiaan itu bukan hanya dihujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan.. Not a destiny , but a journey! Kata bijak pandai , orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia?

Memadu Kasih Sepanjang Hayat

   Cinta bukan kata-kata. Cinta adalah tanggungjawab. Bila kita katakan kepada seseorang, " aku cinta padamu", samalah seperti kita berkata , " Aku ingin bertanggungjawab keatas mu". Sebab itu jgn lah kamu percaya kalau ada orang berkata, " Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja aku tidak punya rupa , aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya rasa cinta yang mendalam". Awaslah kerana penuturannya besar kemungkinan seorang pembohong. Jika benar dia cinta , dia mesti mencari segala keperluan dan kelengkapan untuk bertanggungjawabke atas pasangannya.. . . . . . 
 
   Ketika melihat pasangan yang baru menikah, saya suka tersenyum, bukan apa-apa, saya cuma ikut rasa kebahagiaan yang berpinar spontan dari wajah-wajah shadu mereka. Tangan yang saling berkaitan ketika berjalan , tatapan2 penuh makna bahkan tersirat keengganan saat-saat hendak berpisah....

   Cita-cita cinta yang suci ialah perkahwinan. Dua kekasih mengharapkan ikatan disahkan oleh agama dan adat menerusi perkahwinan. . . Maka berlangsunglah akad nikah , dengan bersaksikan wali dan para saksi. Tementerailah perjanjian dan berlakulah perpindahan tanggujawab daripada seorang mentua kepada menantu . .Kini suamilah menjadi pembela , pelindung pemimpin yang bertanggungjawab atas keperluan zahir dan batin isteri yang baru dinikahinya...

   Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredhaan Allah serta restu ibu bapa dan mesyarakat . Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Dalam perlaksanaan rumah tangga islam sudah ada tip2 tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan lagi suasana bulan madu itu. .  Antara tip itu ialah , isteri sentiasa mengekalkan lagi suasana malu dihadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman , pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri dan byk lagi yang ditulis dalam kitab-kitab hadis dan tulisan ulama silam. Dan dalam ruang yang begitu luas inilah cinta sebagai tindakan atau perbuatan itu benar-benar menjadi kenyataan. . .

   Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah? Mungkin ramai yang akan menjawab , "Ya, memang benar." Walaupun tidak disuarakan , tapi ramai yang mengiyakan secara diam-diam . JikA demikian realitinya, perkahwinan meme sesuatu yang merugikan .. . hmm. . . Cuba kita renungkan ........ hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan lesen seperti cinta selepas perkahwinan . . Ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan kecintaan.. Ini kerana Allah melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya....Oleh yang demikan , demi mengecapi keberkatan dan keredhaan Allah, marilah  kita menjalin hubungan ini dgn ikatan pernikahan. . .   " sebelum diijab kabulkan, syariat tetap membataskan"....^_^


   Isteri yang paling mempersona ialah isteri solehah, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata, ketika suami menuntunnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hati dia akan mentaatinya , takala suami pergi maka dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya . Isteri yang tidak silau dengan germelap dunia melainkan isteri yang selalu bergegas merengkus setiap kemilau redha suami. . .


  Semoga Allah menetapkan setiap helaian keikhlasan di dalam setiap keluarga.. Allah jua lah yang maha menetapkan , mengekalkan ikatan pernikahan tidak hanya di dunia yang serba fana , malah sampai ke akhirat sana....
Barakallahu, untuk para pengantin muda , mudah-mudahan saya mampu mengikuti tapak kalian yang begitu berani mengambil sebuah keputusan besar , yang begitu nyata ,menandakan ketaqwaan kepada Allah serta ketaatan kepada rasul... Mudah-mudahan jika giliran saya tiba , tidak perlu lagi saya bertanya mengapa teman  saya menjadi begitu murah dengan senyuman.. Kerana mungkin saya sudah mampu manemukan jawapannya sendiri . . .
  Allah akan selau menolong kita dalam perkahwinan , dan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan ....


 Bersabarlah dan berdoalah selalu . . .InsyaAllah. . . Moga kita akan disatukan. . .....  

Sahabat Ku ^_^

Apa khabar...kamu sahabatku...
apa khabar...kamu sayang...

semoga sihat...dalam ketaatan...

semoga tenang...dalam kehidupan...

hidup ini kosong...tanpa kamu sahabatku...
hidup ini sunyi...tanpa kamu di sisi...

Indahnya rasa-rasa jiwa... anugerah Allah








Aku telah mengenali beberapa sahabat

Masing-masing mereka punya keistimewaan

Masing-masing mereka punya kelemahan
Namun, aku menyayangi mereka
Kehadiran mereka mengukuhkan
apa yang yg terlonggar dihatiku
Kewujudan mereka memberi seri
pada senyuman ku...
Keikhlasan mereka menjadi pautan
pada keikhlasanku
Kebaikan mereka membangkitkan 
semangat pada perjalanan hari-hari ku.
Ku doakan mereka bahagia selalu 



ADAKALANYA SEPI ITU INDAH 


Benarkah sepi itu indah?...

Sepi itu telah lama bersama ku…
Dari dulu, kini dan ……..
Bila sepi itu menjenguk ku…
Aku berusaha menjadikan sepi itu indah…
Tapi hakikatnya…
Sepi itu kekosongan…
Sepi itu keseorangan…
Sepi itu kesunyian…
Sepi itu kemurungan…
Sepi itu kesedihan…
Sepi itu kedukaan…
Sepi itu kesakitan…
Sepi itu jauh dari insan dan…
Sepi itu jauh dari Tuhan…
Ya Allah, ya Tuhan…
kiranya telah Kau takdirkan…
aku sendirian begini…
aku redha, ya Allah…
kerana telah kuyakini…
sepi itu indah…
seindah kasihMu, ya Allah... 




   Ketahuilah bahawa diri ini selalu rasa bertuah memiliki sahabat seperti mu. Benarlah tidak ada kebetulan dalam perjalanan namun semua ini telah direncana Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.


   Ketika kita tersenyum pada sebuah pertemuan diawal perkenalan…sebenarnya kita telah mengikat janji menerima sebuah perpisahan. Perpisahan itu adalah PASTI. Maka simpanlah air matamu teman untuk kau tumpahkan demi mencari keredhaan Tuhan bukan meratapi diriku kerana sebuah ketentuan.

   Untuk diri ini sahabatku , doakan lah diri ini kekuatan bukan penyembuhan. Biarlah diri ini terus dalam pelukan kesakitan . Benar kesakitan itu amatlah hebat namun diri ini bahagia menerima hadiah pengampunan dari Allah yg Maha Pengasih..

Sahabatku...
Senyumlah…
Kerana senyumanmu penawar resahku..

   
Untuk semua yang pernah menghulur..
Salam persahabatan dengan ku...
Yang telah ku letakkan kamu di sudut hatiku yang satu..
Yang telah aku ungkapkan bahawa kamu..
Selalu ada dalam ingatanku..

Wahai Sahabatku yang kukasihi kerana Allah

Aku sedar aku bukan teman yang terbaik buatmu..
Namun aku tak sanggup melihatmu menangis..
Kesakitan, kelukaan, bersendiriaan..
Jangan kamu rasakan yang kamu tidak punya sesiapa..
Allah sentiasa di sisi mu..

Aku sedar aku bukan siapa2 buatmu..
Dalam diriku terdapat banyak keburukan pd pandanganmu..

Tapi kamu adalah sahabat terbaik ku.. 
Dalam hidupku..
Izinkan aku jadi temanmu..
 

Maafkan diri ini kira pernah bersalah…
Percayalah…diri ini hanya mahu lihat kamu tersenyum..salam sayang dari ikhwan untuk semua.....



NILAI sehelai KAIN diwajah INI

Harganya tidak mahal. Saiznya juga tidak besar.

Tidak semahal baju, tidak sebesar jubah.

Ia cuma sekeping kain yang digunakan untuk menutup wajah, kecuali sepasang mata.

Namun ramai orang memandang ia sekadar sekeping kain yang murah. Ramai juga orang menilai, ia sekadar penutup kepada wajah supaya ‘tidak dikenali’.

Hakikatnya, sekeping kain itu cukup mahal. Bukan pada harganya, tapi pada nilainya yang tersendiri. Nilai yang tersurat, juga nilai yang tersirat.

Bagaikan ada suatu tarikan tersendiri kepada wanita yang mengenakan sekeping kain itu di wajah mereka. Bukan tarikan fitnah manusia, sebaliknya tarikan kepada rahmat Allah sehingga menjadikan mereka mulia.

Tidak mesti ustazah, tidak mesti guru agama. Mulia itu Allah beri kepada mereka yang mengenakannya atas nama Taqwa. Itu yang menjadikan mereka tinggi di mata manusia.

Sudah tentu, bukanlah ketinggian di mata manusia itu suatu yang dicita-cita, tetapi itulah kurniaan Allah kepada hamba-hamba yang dipilih-Nya. Allah memuliakan siapa yang Dia mahu, dan menghinakan siapa yang Dia mahu.

Muslimat yang memilih untuk menutup wajah mereka agar dirinya lebih terpelihara dari fitnah dunia, akan dikurniakan Allah akan suatu nikmat kehidupan dunia yang tidak dirasai oleh sesiapa yang tidak memakainya.

” Saya rasa lebih tenang dan selesa “

” Alhamdulillah..rasa terjaga apabila bergaul dengan manusia “

Selesa, tenang dan bahagia itu letaknya di HATI.

Manusia yang memilih untuk mendekati Allah dengan wasilah-wasilah kebaikan, umpama mereka menempah kebahagiaan khusus dengan Allah. Dan Allah berikan kebahagiaan itu khusus ke dalam hati-hati mereka.

Nampak kolot, tapi hati damai.

Nampak ‘mudah dibuli’ tetapi mendapat penuh penghormatan.

Nampak tak menarik, tapi menarik rahmat dari Tuhan.









 Kenapa enti berpurdah ???

Aku ingin bergelar WANITA SOLEHAH
tetapi menjaga AURATKU sahaja kini sudah terasa payah
aku tertarik dengan fesyen dunia
tetapi aku LEBIH TERTARIK dengan AMARAN Allah
di mana WANITA solehah itu LEBIH INDAH
dan lebih BERMARUAH apabila menjaga auratnya dari PANDANGAN dunia
indahnya SYARIAT menutup aurat,
bermaruah dan bersopan
kerana aku ingin bergelar solehah,
aku akan terus BERMUJAHADAH untuk mendapatkannya..
 Islam itu indah dan CANTIK
kerana indah dan cantiknya AKHLAK
yang menghiasi peribadi WANITA SOLEHAH..
InsyaAllah..




Buat Teman

Berbicara dari hati
Lalu ku tintakan puisi indah
dari jauh
hanya buatmu
semata untukmu
moga setiap baitnya
hadir kedalam hatimu
seakan-akan ku ada di sisimu
mengusapmu bersama linangan air mata

saat duka mu 
duka ku jua
setiap masa
Selagi nafas ada
ingin ku berbagi kebahagiaan untukmu
lalu ku ukir senyum manis buatmu
agar senyum itu bisa terukir jua darimu untukku..
walau apapun kelak berlaku dalam perjalanan hidup ini
walau tidak aku disisi
kuatkan hatimu..
Allah bersamamu Allah dekat denganmu....

Betapa ku mengasihimu
Betapa ku menghargai mengenalimu
hanya padaNya ku memohon
dalam doa pengharapanku lirih ku sebut namamu
air mata langsung merembes
ku kan mengingatimu...

Tinta terakhir Alhamdulillah...Salam maaf..salam kasih dan sayang dari    ikhwan syafiq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...