Penceraian tetap dikaitkan dengan putusnya kasih sayang antara suami dan isteri.. Tetapi mengapa kekadang kita lihat pasangan yang seolah-olah masih sayang-menyayangi tetapi akhirnya bercerai juga? Masing-masing inginkan kasih-sayang, tetapi mengapa tidak mendapatnya? Sepatutnya , apabila sama-sama inginkan kasih sayang , kedua-duanya akan mendapatnya . Lainlah kalau seorang ingin , seorang tidak....... x gitu..
Kasih sayang itu ada hukumnya. Hukum kasih sayang ialah; berilah dahulu kasih sayang kepada orang lain.. Barulah kita akan mendapat kasih sayang mereka.. Selama ini hukum kasih sayang itulah yang telah dilanggar.. Masing-masing inginkan tetapi lokek memberinya.. Masing-masing saling menanti, tidak mahu memulakan.. Ingin mendapat , enggan memberi.......
Dalam rumahtangga, keengganan memberi menyebabkan suami atau isteri hanya memikirkan untuk mendapat hak.. Walaupun hak itu wajib dipenuhi tetapi itu sepatutnya menjadi dorongan untuk kamu menunaikan hak , bukan menuntut hak... Dalam ertikata lain , peranan atau tanggungjawab isteri atau suami mesti terlebih dahulu diutamakan daripada menuntut hak masing-masing..
Dalam rumah tangga , suami ada peranan , isteri juga ada peranan .. Antara perana suami ialah memberi nafkah, menjadi pendidik, pemimpin pada isterinya.. Sekiranya suami menjalankan peranannya dengan baik, maka hak isteri dipenuhi.. Begitu juga dipihak isteri, dia juga ada peranannya.. Antaranya menjaga maruah, melayani suami, menjaga rumah, dan mengasuh anak-anak... Apabila isteri menjalankan peranannya, maka hak suami akan dipenuhi.....
Krisis bermula apabila salah seorang atau kedua-duanya sekali, lebih focos menuntut hak ke atas pasangan masing-masing berbanding menjalankan peranan sendiri .. Suami misalnya, asyik menuntut hak.. Sering merungut kenapa dia tidak dilayan dengan baik.. Begitu juga dipihak isteri , asyik menuntut hak kepada suami.. Hendakkan itu , mahukan ini.. . . . . Akhirnya masing masing melupakan peranan masing-masing.....
Akibat saling berebut, tidak ada siapa yang untung.. Kedua-duanya rugi.. Bila dua peranan diabaikan , pasti kedua-duanya tidak mendapat hak.. Mengapa terjadi begitu..?? tau mengapa. . ?
Orang yang suka menuntut hak sebenarnya orang yang pentingkan diri sendiri.. Hmm... Dalam hati mereka yang begini , kurang sekali rasa ingin "memberi" .. Yang lebih dominan ialah rasa ingin "mendapat" . . . Jadi, masing-masing enggan berkorban.. Hakikatnya mereka bukannya sayangkan pasangan , tetapi mereka sayangkan diri sendiri ... Cakap sahaja sayang , sikap tidak begitu.... Orang yang terlalu mementingkan diri sendiri akan meminggirkan orang lain.. Mereka ini lemah iman, justeru iman dan kasih sayang itu berkadar terus.. Apabila iman seseorang kuat , maka sifat kasih sayang terhadap orang lain juga akan meningkat.. Dan ini akan dibuktikan dengan keupayaan untuk memberi !
Orang yang mempunyai rasa kasih sayang akan gembira apabila memberi berbanding menerima.. Seorang ibu yang memberi tenaga bahkan seolah-olah memberi nyawa ketika melahirkan anaknya akan merasa gembira sebaik tangisan pertama anaknya bergema.. Tanyakan kepada ayahnya apakah yang dirasainya ketika memberi hadiah kepada anaknya yang berjaya? Ya, anak yang menerima hadiah gembira, tetapi hati ayah yang memberinya akan lebih gembira lagi...
Rupa-rupanya, memberi akan menggembirakan jika pemberian itu dilakukan penuh rasa kasih sayang.. Oleh itu, memberilah. InsyaAllah, kawan-kawanku hati kita mesti gembira dengan syarat, kita memberi dengan kasih sayang.. Dan ini bererti menjalankan peranan serta menunaikan tanggungjawab lebih menggembirakan daripada menuntut hak...... Dengan syarat ada kasih sayang.. . . . . kan2 ^_^
0 comments:
Post a Comment