Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya.. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat , benda lain pula yang dirasakan bahagia.. Pada yang miskin , kaya itu bahagia.. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia... Tidak percaya? Baca senarai panjang org kaya yang ternama yang membunuh diri atau sakit jiwa.. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia..
Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia, tetapi ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya.. begitu kata-kata ahli-ahli hikmah apabila ditanya: Mengapa ramai manusia tidak bahagia.. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui.. Anehnya , manusia kerap bercakap tentang bahagia- rumah tangga bahagia , pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia.. Bercakap tanpa tahu makna?
Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan.. Ketenangan itu letaknya dihati.. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa jua ujian hidup dgn sebaik-baiknya.. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur.. Jika yang datang musibah hati yang tenang bersabar.. Hati yang tenang dipenuhi oleh perasaan Qanaah, tawakal, redha dan lain-lain sifat mahmudah.. Hati yang sedemikian dinamakan hati yang sejahtera (Qalbu Salim) .. Hati yang sentiasa dimiliki walaupun cuma sedetik , sebelum menemui illahi..
Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... hanya ingat pada Allah.. Begitu maksud yang diungkap oleh Al-Quran.. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya mengingati Allah.. Apa maksud ingat Allah?
Cukupkah dgn ucapan dan sebutan Subahanalllah. Alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum... Maksud ingat Allah itu luas.. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak.. Ingat yang menjunam di lubuk hati, yang terluah pada ucapan lidah dan terlahir dalam bentuk tindakan dan perlakuan..
Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima.. Tidak mengeluh , "kenapa aku yang kena?".. Sebaliknya terasa, "aku telah dipilih, "Aku hamba Allah , aku layak diuji ".. Kata ulama , untuk tidak terasa susah apabila luput sesuatu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu.. Rasakan diri hanya meminjam.. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik , hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah- Pemilik segalanya.. . . .
Jadi untuk meringankan bebanan hati ketika menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu.. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberi yang terbaik..
Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka pada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan itu adalah sesuatu yang tidak baik.. Iktiqad (keyakinan) kita , bahawa semua ketentuan Allah itu baik.. Pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat,...
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar.. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku.. Kerana manusia harus terima , tidak boleh menolak ujian itu.. Hamba yang soleh menanggung qodar dgn sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah, kerana ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia.. Semuanya baik belaka..
Nikmat maha suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba-Nya.. Hati yang tenang akan berbisik ....... " Tuhan .... aku belum nampak kebaikan disebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas.. Tapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu luas , pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik musibah ini .... yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."
Bahagia itu bukan relatif dan subjektik sifatnya ... Tetapi ia adalah suatu yang mutlak , yang perlu dicapai oleh setiap insan.. Mujur dan syukur , perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan.. Ingat , kebahagiaan itu bukan hanya dihujung jalan tetapi ia ada di sepanjang jalan.. Not a destiny , but a journey! Kata bijak pandai , orang yang bahagia tidak sempat bertanya apakah aku bahagia?
0 comments:
Post a Comment