Memadu Kasih Sepanjang Hayat

   Cinta bukan kata-kata. Cinta adalah tanggungjawab. Bila kita katakan kepada seseorang, " aku cinta padamu", samalah seperti kita berkata , " Aku ingin bertanggungjawab keatas mu". Sebab itu jgn lah kamu percaya kalau ada orang berkata, " Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja aku tidak punya rupa , aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya rasa cinta yang mendalam". Awaslah kerana penuturannya besar kemungkinan seorang pembohong. Jika benar dia cinta , dia mesti mencari segala keperluan dan kelengkapan untuk bertanggungjawabke atas pasangannya.. . . . . . 
 
   Ketika melihat pasangan yang baru menikah, saya suka tersenyum, bukan apa-apa, saya cuma ikut rasa kebahagiaan yang berpinar spontan dari wajah-wajah shadu mereka. Tangan yang saling berkaitan ketika berjalan , tatapan2 penuh makna bahkan tersirat keengganan saat-saat hendak berpisah....

   Cita-cita cinta yang suci ialah perkahwinan. Dua kekasih mengharapkan ikatan disahkan oleh agama dan adat menerusi perkahwinan. . . Maka berlangsunglah akad nikah , dengan bersaksikan wali dan para saksi. Tementerailah perjanjian dan berlakulah perpindahan tanggujawab daripada seorang mentua kepada menantu . .Kini suamilah menjadi pembela , pelindung pemimpin yang bertanggungjawab atas keperluan zahir dan batin isteri yang baru dinikahinya...

   Bayangkan betapa indahnya saat pertemuan dua mempelai yang dipertemukan atas keredhaan Allah serta restu ibu bapa dan mesyarakat . Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Dalam perlaksanaan rumah tangga islam sudah ada tip2 tertentu yang jika diamalkan akan mengekalkan lagi suasana bulan madu itu. .  Antara tip itu ialah , isteri sentiasa mengekalkan lagi suasana malu dihadapan suami, isteri dan suami sentiasa berhias dan memakai haruman , pandangan kasih oleh suami, pandangan cinta oleh isteri dan byk lagi yang ditulis dalam kitab-kitab hadis dan tulisan ulama silam. Dan dalam ruang yang begitu luas inilah cinta sebagai tindakan atau perbuatan itu benar-benar menjadi kenyataan. . .

   Benarkah cinta sebelum berkahwin lebih indah? Mungkin ramai yang akan menjawab , "Ya, memang benar." Walaupun tidak disuarakan , tapi ramai yang mengiyakan secara diam-diam . JikA demikian realitinya, perkahwinan meme sesuatu yang merugikan .. . hmm. . . Cuba kita renungkan ........ hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan lesen seperti cinta selepas perkahwinan . . Ruangnya begitu terhad untuk melahirkan dan membuktikan kecintaan.. Ini kerana Allah melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya....Oleh yang demikan , demi mengecapi keberkatan dan keredhaan Allah, marilah  kita menjalin hubungan ini dgn ikatan pernikahan. . .   " sebelum diijab kabulkan, syariat tetap membataskan"....^_^


   Isteri yang paling mempersona ialah isteri solehah, isteri yang ketika suami memandangnya pasti menyejukkan mata, ketika suami menuntunnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hati dia akan mentaatinya , takala suami pergi maka dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya . Isteri yang tidak silau dengan germelap dunia melainkan isteri yang selalu bergegas merengkus setiap kemilau redha suami. . .


  Semoga Allah menetapkan setiap helaian keikhlasan di dalam setiap keluarga.. Allah jua lah yang maha menetapkan , mengekalkan ikatan pernikahan tidak hanya di dunia yang serba fana , malah sampai ke akhirat sana....
Barakallahu, untuk para pengantin muda , mudah-mudahan saya mampu mengikuti tapak kalian yang begitu berani mengambil sebuah keputusan besar , yang begitu nyata ,menandakan ketaqwaan kepada Allah serta ketaatan kepada rasul... Mudah-mudahan jika giliran saya tiba , tidak perlu lagi saya bertanya mengapa teman  saya menjadi begitu murah dengan senyuman.. Kerana mungkin saya sudah mampu manemukan jawapannya sendiri . . .
  Allah akan selau menolong kita dalam perkahwinan , dan akan membuat kita lebih menyedari bahawa Allah selalu memperhatikan kita. Doa kita akan lebih cepat dikabulkan ....


 Bersabarlah dan berdoalah selalu . . .InsyaAllah. . . Moga kita akan disatukan. . .....  

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...