Apa khabar...kamu sahabatku...
apa khabar...kamu sayang...
semoga sihat...dalam ketaatan...
semoga tenang...dalam kehidupan...
hidup ini kosong...tanpa kamu sahabatku...
hidup ini sunyi...tanpa kamu di sisi...
Indahnya rasa-rasa jiwa... anugerah Allah
Aku telah mengenali beberapa sahabat
Masing-masing mereka punya keistimewaan
Masing-masing mereka punya kelemahan
Namun, aku menyayangi mereka
Kehadiran mereka mengukuhkan
apa yang yg terlonggar dihatiku
Kewujudan mereka memberi seri
pada senyuman ku...
Keikhlasan mereka menjadi pautan
pada keikhlasanku
Kebaikan mereka membangkitkan
semangat pada perjalanan hari-hari ku.
Ku doakan mereka bahagia selalu
ADAKALANYA SEPI ITU INDAH
Benarkah sepi itu indah?...
Sepi itu telah lama bersama ku…
Dari dulu, kini dan ……..
Bila sepi itu menjenguk ku…
Aku berusaha menjadikan sepi itu indah…
Tapi hakikatnya…
Sepi itu kekosongan…
Sepi itu keseorangan…
Sepi itu kesunyian…
Sepi itu kemurungan…
Sepi itu kesedihan…
Sepi itu kedukaan…
Sepi itu kesakitan…
Sepi itu jauh dari insan dan…
Sepi itu jauh dari Tuhan…
Ya Allah, ya Tuhan…
kiranya telah Kau takdirkan…
aku sendirian begini…
aku redha, ya Allah…
kerana telah kuyakini…
sepi itu indah…
seindah kasihMu, ya Allah...
Ketahuilah bahawa diri ini selalu rasa bertuah memiliki sahabat seperti mu. Benarlah tidak ada kebetulan dalam perjalanan namun semua ini telah direncana Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita.
Ketika kita tersenyum pada sebuah pertemuan diawal perkenalan…sebenarnya kita telah mengikat janji menerima sebuah perpisahan. Perpisahan itu adalah PASTI. Maka simpanlah air matamu teman untuk kau tumpahkan demi mencari keredhaan Tuhan bukan meratapi diriku kerana sebuah ketentuan.
Untuk diri ini sahabatku , doakan lah diri ini kekuatan bukan penyembuhan. Biarlah diri ini terus dalam pelukan kesakitan . Benar kesakitan itu amatlah hebat namun diri ini bahagia menerima hadiah pengampunan dari Allah yg Maha Pengasih..
Sahabatku...
Senyumlah…
Kerana senyumanmu penawar resahku..
Untuk semua yang pernah menghulur..
Salam persahabatan dengan ku...
Yang telah ku letakkan kamu di sudut hatiku yang satu..
Yang telah aku ungkapkan bahawa kamu..
Selalu ada dalam ingatanku..
Wahai Sahabatku yang kukasihi kerana Allah
Aku sedar aku bukan teman yang terbaik buatmu..
Namun aku tak sanggup melihatmu menangis..
Kesakitan, kelukaan, bersendiriaan..
Jangan kamu rasakan yang kamu tidak punya sesiapa..
Allah sentiasa di sisi mu..
Aku sedar aku bukan siapa2 buatmu..
Dalam diriku terdapat banyak keburukan pd pandanganmu..
Tapi kamu adalah sahabat terbaik ku..
Dalam hidupku..
Izinkan aku jadi temanmu..
Maafkan diri ini kira pernah bersalah…
Percayalah…diri ini hanya mahu lihat kamu tersenyum..salam sayang dari ikhwan untuk semua.....

0 comments:
Post a Comment