Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlaq orang mulia. Mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. Kerana itu, jika kita tidak bersabar , apa lagi yang boleh kita lakukan?
Apakah kamu semua mempunyai penyelesaian yang lain selain daripada bersabar? Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada bersabar untuk menjalani persoalan hidup?
Bersabarlah! akan tetapi , ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq daripada Allah. Bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharap pahala , dan orang yang mengharapkan terjapusnya dosa. Bersabarlah , meskipun anda menghadapi berbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. Sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.....
Tidakkah engkau mengetahui
bahawa Tuhanmu
memiliki kekuasaan yang tanpa batas
baik sekarang mahupun dahulu
Lepaskanlah dirimu daripada kesedihan
sebab tidak ada sesuatu yang terus menetap
Demikian pula dengan kesedihanmu
tidak mungkin akan berlanjut
Mudah-mudahan setelah ini
Allah akan melihat engkau
Dengan penglihatan yang penuh rahmat....
Buat apa kamu menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu sepenuhnya
Kepada tuhan yang Maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka....
Kami redha kepadaMu ya Allah
sebagai Rabb dan pencipta
dan juga Al-Mushthafa (Rasul) yang terpilih
sebagai cahaya dan petunjuk.
Hidup ini harus sesuai dengan tuntutan wahyu.
Kalau tidak , pilihlah kematian
yang tidak menyenangkan musuh (jihad).
0 comments:
Post a Comment