Tenanglah Wahai Manusia

   Wahai org yg mata selalu digenangi air mata, hentikan aliran air mata itu dan berikan kenikmatan kepada kedua bola matamu itu. Tenanglah, kerana anda berhak mendapatkan perlindungan dari Sang Pencipta dan pemeliharaan dari kebijaksanaanNya. Tenanglah, qadha telah selesai, kebijaksanaan telah dirumuskan, rintangan telah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan telah kembali segar, dan pahala telah ditetapkan bagi yg terus berusaha...

  Tenanglah anda kerana anda sedang berurusan dgn Dzat Yang Berkuasa atas urusanNya, Yang Maha Bijaksana atas hamba-hambaNya, Yang Maha Pengasih terhadap mahkluhNya, dan Yang Maha Indah dalam segala pengaturanNya...

  Hai org yg hidup menderita di bumi kerana didera kelaparan, kesempitan, kesengsaraan, penderitaan, kefakiran dan penyakit, bergembiralah, kerana sesunggunhnya engkau bakal kenyang, bahagia, senang dan sihat..

firman Allah;  Dan malam telah berlalu, dan subuh apabila mulai terang. (Al-Muddatstsir; 33-34)

seorang penyair mengatakan :

Malam pasti berlalu
dan bebelengu pasti akan patah.
Barangsiapa yg takut mendaki gunung
nescahaya selamanya akan hidup
diantara galian-galian.

Renungan
   Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, harap, dan tawakal hanya kepadaNya, dgn keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dgn kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehiidupan bg mereka yang mencintai Allah...
   

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...