Seandainya saya disuruh memilih di antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa yang tenteram damai dan selalu tersenyum, pastilah saya memilih yang kedua. Sebabnya ialah , apa ertinya harta yang banyak bila wajah selalu muram? Apa ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apa ertinya segala apa yang ada di dunia ini , bila perasaan sering bersedih seumpama orang yang baru sahaja selesai daripada menghantar jenazah kekasihnya? Apa erti kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah muram dan hanya membuatkan suasana rumahtangganya seolah-olah neraka sahaja? Tentulah , seorang isteri akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumahtangganya laksana syurga setiap saat.....
Ramai org tidak mampu melihat keindahan dunia ini. Mereka hanya membuka matanya untuk dirham dan dinar semata-mata dan berusaha agar mereka boleh berjalan di dalam kebun yang lebat, bunga-bunga yang cantik mempersona, air jernih yang bergemercik, burung-burung yang berkicau riang. Akan tetapi mereka tidak pernah berupaya bagaimana membuat hati mereka bahagia...
Hidup ini adalah seni dan seni dapat dipelajari dan ditekuni. Sebaliknya manusia berusaha keras dan penuh kesungguhan belajar tentang bagaimana menghasilkan bunga-bunga, wewangian, dan cinta sepanjang hidupnya. Itu lebih baik daripada ia terus memerah tenaga dan waktunya hanya untuk mengumpul harta di sakunya atau gudangnya... Apa ertinya jika tidak dimanfaatkan sedikit pun untuk meningkatkan kualiti kasih sayang, cinta, dan keindahan dalam hidupnya......
Abu Taman mengatakan:
Jiwaku menjadi penebus Abu Ali.
Dialah fajar harapan dan bintang renungan.
Kejenakaan mampu membangkitkan semangat.
Bahkan terkadang dia mampu membuat orang
yang sebelumnya tidak pernah merasakan senang
menjadi riang gembira..
Muram yang durja dan muka yang masam adalah cermin dari jiwa yang kacau tidak keruan, fikiran yang berkecamuk dan perangai yang buruk:
Wajah mereka hitam legam penuh kemurungan
seolah wajah orang
yang dipaksa masuk ke dalam neraka.
Mereka itu tidak seperti orang ramah
yang pernah kau jumpai.
Pancaran raut wajahnya laksana bintang
yang mengiringi setiap perjalanan.
Orang arab suka memuji orang yang murah dengan senyuman dan selalu tampak ceria. Menurut mereka, perangai yang demikian itu merupakan petanda kelapangan dada, kemurahan hati, kemulian dan kesejukan hati..
Kau akan melihat sendiri keceriaan wajahnya
jika kau bertemu dengannya.
Seolah kau memberi kepadanya sesuatu
yang kau sendiri memerlukannya...........
0 comments:
Post a Comment