Tahukah kamu semua, di antara nikmat yg terbesar adalah kegembiraan, ketenteraman dan ketenangan hati.
Hati yang sentiasa diliputi kekuatiran; lemah tekadnya, rendah semangatnya, dan sering berada di dalam kegelisahan, akan selalu diliputi dengan kecemasan kedukaan dan kesedihan. Oleh sebab itu, barangsiapa membiasakan jiwanya bersikap dengan kesabaran dan tahan segala perkara yang mencemaskan, nescahaya setiap goncangan dan tekanan akan terasa ringan.
Jika seorang pemuda meningkatkan ketahanan diri,
maka segala sesuatu akan berlalu
dan yang tersisa hanya kebahagiaan..
Di antara musuh utama kegembiraan adalah wawasan yang sempit, pandangan yang cetek, dan egoisme dan sikap melupakan keadaan alam seisinya tanpa mengambil pelajaran daripadanya. Orang yang berpikiran sempit, sentiasa melihat dunia ini menurut perspektif mereka sendiri. Mereka tidak pernah memikirkan pandangan orang lain, mereka merasa hidup hanya untuk kepentingan diri sendiri, dan sama skali tidak memperhatikan kepentingan orang lain. Sesungguhnya saya dan kamu semua terkadang harus memerhatikan, tetapi suatu saat kita perlu menyisihkan waktu untuk menyibukkan diri dengan sesuatu kepentingan yang harus kita lakukan secara peribadi dan menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembuhkan luka, dukacita, dan kesedihan kita. Maka dgn demikian, kita akan memperolehi dua perkara sekali gus iaitu kebahagiaan diri dan kebahagiaan orang lain....
Perkara utama juga yang penting dalam mempelajari seni kegembiraan adalah bahawa anda harus menempatkan kehidupan ini sesuai dengan keadaan yang sebenar. Bagaimanapun, kehidupan ini laksana permainan yang harus diwaspadai kerana dunia ini adalah pusat terjadinya segala kekejian, kepedihan dan bencana. Jika demikianlah sifat-sifat dunia, maka mengapa ia harus diberikan perhatian dan bersedih diatas kehilangannya? Keindahan hidup di dunia ini seringkali palsu, janji-janjinya hanya fatamorgana belaka, apa yang terlahir pasti akan lenyap, orang yang menjadi tuan di dunia akan didengki, dan orang yang mendapat nikmat akan dibenci, kekasih tercinta suatu ketika akan membunuh dengan pemergiannya.
Renungan
Jangan bersedih, sekiranya anda hidup miskin,, betapapun masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup di lilit hutang! Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan, sebab masih ramai orang di sekeliling anda yang kakinya kudung. Jangan bersedih kerana suatu penyakit, betapapun masih ramai orang selain anda yang mungkin bertahun-tahun terbaring di atas katil. Jangan bersedih anda kehilangan seorang anak, kerana masih ada orang lain yang telah kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekali gus....
Jangan bersedih, kerana anda seorang muslim yang beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, kitab-kitabNya, hari kiamat dan qadha' serta qadar yang baik dan yang buruk... Kerana masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari ajaran kitab suci, dan mengingkari hari kiamat, serta tidak percaya kepada ketentuan Allah..
Jangan bersedih! sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat; sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya; dan sekiranya anda telah melakukan kesalahan, perbaikilah kesalahan itu. Bagaimanapun, rahmat dan kasih sayang Allah itu teramat luasnya, pintu rahmatNya terbuka luas dan keampunanNya sentiasa melimpah ruah dan taubat yang anda lakukan pasti diterima.
Wahai teman-temanku.... Jangan bersedih, Jangan bersedih, Jangan bersedih....................
0 comments:
Post a Comment