Untuk post kali ini sy akan mengenengahkan perihal manusia yg sentiasa meletakkan setiap peristiwa ke dalam hati mereka dan menyebabkan mereka selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tidak berkesudahan..
Ada sekelompok umat manusia merasakan kegundahan dalam diri mereka seolah-olah diri mereka terlibat dalam perang dunia, padahal mereka sedang berada di atas tempat tidur.Takkala perang itu selesai, yg mereka perolehi hanyalah luka di dalam hati, Mereka selalu merasa terlibat dgn semua peristiwa hidup yang terus berlangsung.
Nasihat saya untuk kamu semua; jgmlah meletakkan bola dunia di atas kepala kamu. Biarkanlah semua peristiwa itu terjadi, dan jgn simpan di dalam benak anda. Org yg memiliki hati seperti bunga karang akan menyerap semua isu dan berita bohong yg berkembang, padahal semuanya itu akan membuatkan perasaan menjadi semakin tidak tenteram dan cepat termakan serta larut dgn kebohongan. Sikap ini akan mempengaruhi rutin dan aktiviti harian kamu dalam mencari nafkah, yg pd akhirnya akan mengganggu kegiatan anda yg lainnya. Hati seperti ini, layaknya seekor gajah yg akan membahayakan pemiliknya dan menghancurkan lingkungan sekitar.....
Mereka yg telah menjiwai maksud kebenaran akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat bg hati untuk memperkuatkan keimanan. Sebaliknya, org yg tidak menjiwai maksud kebenaran, hanya akan menambah goncangan ketakutan bg diri mereka sendiri. Sebesar mana pun keberanian seseorang dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak akan bermanfaat tanpa diiringi keimanan yg kukuh. Seorg pemberani yg sejati memiliki daya tahan yg tinggi , tabah , mempunyai keyakinan yg kuat, tenang, dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan. Sedangkan seorg yg pengecut justeru akan menyembelih dirinya sendiri berulang kali, setiap hari, dengan pedang ketidakpastian, kebohongan, khayalan dan mimpi.....
Jika anda menginginkan sebuah kehidupan yg tenang dan tidak bergoncang oleh badai kehidupan, maka hadapilah semua permasalahan dgn keberanian dan ketabahan. Dengan keberanian dan ketabahan , tidak akan ada sesuatu yg akan membuat diri anda getar menghadapi org yg tidak mempunyai keyakinan sama sekali. Jangan terpancing dgn tipu daya yg mereka perbuat . Jadilah seperti besi yg kukuh menghadapi pelbagai peristiwa, kuat menghadapi angin krisis dan tegar melawan badai. Sungguh kasihan mereka yg memiliki hati yg lemah, betapa berat goncangan hidup yg menimpa mereka berkali-kali dalam setiap harinya...
Sedangkan org2 yg memiliki hati yg kuat akan sentiasa mendapatkan pertolongan dari Allah dan sentiasa yakin dgn janjiNya...
..........lalu menurunkan ketenangan atas mereka.........(Al-Fath; 18)
1 comments:
16 January 2012 at 03:09
aku tidak menyimpan segala kekeluhan di masa laluku.. kerana bimbang akan terdidik hatiku dengan sifat 'dengki' dan 'sukar memaafkan'.......
Post a Comment