Renungkanlah

  Setiap manusia seharusnya mengingati nikmat yg Allah kurniakan kpd kita semua. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua tapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih bnyak lagi lainnya adlh nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita semua.

   Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kpd anda. Dunia ini , beserta apa yg ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda anda tidak pernah menyedarinya; anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.

  Apakah kamu mengira bahawa, berjalan dgn kedua kaki itu merupakan sesuatu yg biasa, padahal masih banyak manusia lain yg tdk mempunyai kaki.? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas sebuah betis itu merupakan sesuatu yg mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya?
Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang mengganggunya? Pernahkah anda merasa nista ketika anda dapat menyantap makanan yg lazat dan minuman yang dingin, sementara masih banyak org lain yang tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yang mereka deritai...

  Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian; penglihatan anda dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis. Perhatikan fungsi otak anda! Allah telah memberikan kesihatan aqal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan. Apakah anda ingin menggantikan mata anda dgn emas sebesar gunung uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda ingin membeli istana-istana yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata berlian, tetapi tangan anda kudung?

  Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan teperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yg segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dgn nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

  Anda acap kali memikirkan sesuatu yang hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada dihadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan meterial, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setumpuk kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu renungilah dan bersyukurlah!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...