Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih dia atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan yg tidak baik. Itu, sama ertinya dgn membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi org untuk menjalani kehidupan yang seadanya..
Bagi org yg berfikir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dgn tali yg sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. Kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya sudah berakhir...
Dengan demikian , tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan berulang dan hidup kembali, kerana ianya memang sudah tiada.
Janganlah anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri kamu dari fantasi tersebut! Apakah kamu menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air mata ke kelopak mata, padahal semuanya akan mengalirkan kembali air mata anda...
Dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya api yg akan terus membakar dan melemparkan diri ke msa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yg sangat menyedihkan, sekali gus menakutkan..
Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yg ada dan menyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Semuanya telah berlalu dan tidak akan kembali. Dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu..
Bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dgn masa lalu. Kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempetaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yg telah usang. Padahal, seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescahaya mereka tidak akan mampu..kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil...
Manusia sebenarnya tidak perlu lihat masa lalu dan memalingkan wajah ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air di sungai akan mengalir ke depan; setiap khalifah akan berjalan ke depan. Oleh itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan..
0 comments:
Post a Comment