Diri Kita Amat Berharga

  Bagi mereka yang mempunyai harga diri yang rendah sentiasa berasa lemah, tidak yakin dan ragu-ragu tentang kemampuan diri sendiri untuk berjaya.. Apakah kita rasa kita layak untuk berjaya? Jika kita merasa begitu , Alhamdulillah kita sudah punya modal besar untuk berjaya.. Sebaliknya jika kita ragu dan sangsi dgn kemampuan diri, itu petanda awal kita akan gagal dalam hidup. Itu menunjukkan harga diri kita rendah..



  Malangnya ramai orang gagal kerana harga diri mereka rendah. Mereka yg begini lebih pentingkan pandangan org lain terhadap diri mereka berbanding pandangan diri sendiri. Apa yang org lain kata - itu lah yang sering menghantui diri. Bila harga diri rendah, mereka bukan sahaja memandang rendah terhadap diri sendiri , malah mereka akan memandang rendah terhadap orang lain. Benarlah org yang tidak mempunyai harga diri mana mungkin dapat menghargai orang lain..  Dalam sebuah rumah tangga, harga diri sangat penting sama ada pada suami ataupun isteri. Suami terutamanya tidak boleh memandang rendah terhadap dirinya sendiri dan juga isterinya.. . .  Rasakan yg diri kita boleh dan mampu untuk memimpin , melindungi , dan menyara keluarga. Bila harga diri suami tinggi maka barulah dia akan mampu menghargai isterinya . Awas jika anda sentiasa memandang rendah , meremeh-remehkan isteri anda , itu menunjukkan harga diri anda rendah!!

   Kita tidak boleh membandingkan diri kita dgn org lain secara tidak sihat. Konon org lain lebih bijak , kaya dan bernasib baik daripada diri kita. Ingatlah, setiap kita mempunyai kelebihan tersendiri. Kita adalah unik, dan dunia tidak akan lengkap tanpa kehadiran kita. Kita diciptakan untuk berjaya. Maha suci Allah, yang tidak sekali-kali menciptakan hambanya untuk gagal... Allah mencipta kita untuk berjaya. Untuk itu kita diberikanNya pelbagai kelebihan tersendiri.. Soalnya, apakah kita telah membangunkan segala keistimewaan itu secara optimun? Sejauh mana kita telah kenali, terokai dan kita pergunakan?

  Jadilah diria anda sendiri, sayangi diri itu dgn membina satu keyakinan bahawa Allah maha adil, dengan mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihan yang anda miliki . Bila kita mula menghargai diri kita, barulah org lain akan menghargai diri kita...anda adalah unik justeru tidak ada siapa yg serupa dengan anda sama ada dari segi luaran atau dalaman di dunia ini.. Cara terbaik untuk membanding ialah bandingkanlah anda sekarang dengan potensi anda yang sebenar. Anda tidak perlu menyaingi isteri anda untuk mendapat keyakinan diri. Dia tetap dia dan anda tetap anda. Jangan menunggu isteri atau suami kita menghargai kita, barulah kita rasa diri kita berharga......... Sebaliknya hargailah diri kita terlebih dahulu barulah org lain akan menghargai kita..


   Ingatlah kata-kata ini ""Jangan bimbang jika diri tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga."" Teruslah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali-kali sakit jiwa kerana tidak dihargai justeru didalam diri kita sudah ada keyakinan bahawa diri kita memang berharga..~~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...