Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"
 Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...
  "Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu wahai Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"


   Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kejujuran, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.


   Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. 




   Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.
 Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...