Teman,
nama yang sukar,
kau temukan pada satu kenyataan,
tanpa memandang kerendahan,
makna ketinggian bukan,
erti dia menemanimu,
Walau duduk berjauhan,
namun bisik rindunya,
bak membalas setiap,
warkah darimu,
Dia selalu bertanya akan dikau,
setia mendengar akan bicara sedihmu,
menyembunyikan tangisnya,
di kala air mata membasahi pipi,
Dia cuba melakar senyum,
pada potret wajahnya,
penuh riang,
walau dalam hati kecil,
sebak melihat temannya
berduka,
Mungkin kau tidak sedar,
dia setia disisi,
di kala kau jatuh dan hilang asa,
Mungkin kau tidak sedar,
sujudnya bersama butiran air mata,
sehabis doa panjang,
yang padanya terselit nama temanku,
Tatkala rindu itu hadir...
Mengingatimu....
Sahabatku……….
Senyum manis
wajah ceria bercerita
Mengingatimu...
Sahabatku……….
setiapnya unik
berbekas di hati
Mengingatimu...
Sahabatku……….
sering terlintas di hati
menerjah fikiran memenuhi memori
Lantas ku pohonkan doa padaNya
Agar dirimu sentiasa dirahmati dan dilindungi
oleh Allah yang menemukan kita...
Dalam kesendirianku
Betapa jauh lamunanku
Cuba ku ingati detik pertemuan kita
Laman maya yang kita jejaki
Mengukir kenangan indah kita bersama
Coretan puisi menjadi penyeri
Segala rasa kita kongsi bersama
Kita hiasi jalinan itu dengan kasih dan sayang
kita hiasi dengan ukiran senyuman indah
Ku amati kembali kenangan yang tercipta
Masihkah kau ingati
Huluran salam mu pertama kalinya
Aku sambutnya dengan senyuman manisku
Bagaikan mimpi yang indah mengenalimu
Kita bersama mencipta bahagia
Dan setiap saat dan setiap waktu yang berlalu
Ku kan merindui kenangan itu
Ku kan merindui segalanya tentang dirimu
Sungguh aku akan merindui semua itu
Segala kenangan kan ku simpan kemas di hatiku..
Dan aku di sini sendiri
Bermonolog dalam hati
Dan kata hati
Itulah lumrah hidup
Ada masa kita bertemu
Ada masa kita berpisah
Ada masa kita bahagia
Ada masa kita sedih
Dan itulah perjalanan kehidupan
Dan itu adalah atas kehendakNya....
Dan itu adalah yang terbaik untukmu dariNya
Untukmu atas kasih dan sayangNya
Kerana Dia Maha Mengetahui segalanya......
teman......
Andai suatu saat aku hilang daripada pandanganmu, usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu. Andai suatu saat aku berhenti menghubungi dirimu, usah kau gusar kerana aku juga ingin waktu untuk diriku. Andai suatu saat aku mengalirkan airmataku, usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku.
Namun andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dirimu. Andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku, ingatlah aku sentiasa ada saat-saat kau memerlukan diriku. Andai suatu saat kau tersenyum bahagia, aku juga akan tersenyum gembira melihat dirimu bahagia.
Cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu usahlah kau rayu aku. Bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana engkau telah mengecewakan aku....

0 comments:
Post a Comment