Perigi Cari Timba Atau Timba Cari Perigi.

   Selalu lelaki yg akan memulakan dahulu. Pihak lelaki merisik khabar, kemudian jika isyarat "lampu hijau" diberikan , maka menyusullah rombongan peminanagan. Lelaki meminang wanita. Bagaimana jika sebaliknya, pihak wanita pula yang merisik khabar, kemudian menghantar rombongan meminang? Wanita meminang lelaki. Ah, janggal. Tidak pernah dibuat org.. Begitulah sempitnya adat berbanding keluasan syariat. Justeru dalam sejarah islam , pihak wanita meminang lelaki adalah suatu lumrah..

   Siti Khadijah meminang Rasulullah. Syaidina Umar pernah meminang Syaidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah (tetapi Siti Habsah kemudiannya menjadi isteri Rasulullah SAW) . Pada zaman kegemilangan Islam, kedua-dua cara dipraktikkan. Sama ada wanita melamar lelaki atau lelaki melamar wanita. Tidak ada istilah perigi cari timba seperti yang diungkapkan oleh adat atau budaya masyarakat hari ini .  Kebenaran kerap kali nampak janggal (untuk dimulakan) sebab ia bertentangan dengan budaya. Tetapi kita perlukan keberanian untuk memulakan anjakan paradigma, seterusnya perubahan sikap ... biarpon terpakse menanggung risiko dituduh tidak tahu malu....!!



   Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumbarkan wahyu illahi. Adat reletif sifatnya, boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.

   Tidak dinafikan adat kekadang bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku , sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat kenduri walimah secara ketelanjuran (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahwin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yg mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu .  Sering berlaku yang sunat dianggap wajib manakala yang wajib dianggap sunat dan dipinggirkan......

   Sekali pun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarkan puterinya untuk Syaidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dgn baik oleh Syaidina Abu Bakar ?  Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah...
Jadi bagaimana dgn anda ?  TIdak mustahil natijah yg sama mungkin anda alami ..... InsyaAllah, Allah tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariat Nya.....

   Usah berasa malu untuk menjadi "perigi" yang mencari "timba" .    Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang malu kita tidak merujuk kpd syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu mendedahkan aurat , bergaul bebas dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat...Apakah anda harus merasa malu mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik untuk anda...........   ; )

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...