Tamatnya Penantian Itu

 Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita yang solehah sama separti mencari gagak putih. Ungkapan ini ada kebenarannya, terutama kita yang hidup di akhir zaman  ini. Namun apa pun cabarannya, wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah lelaki yang jahat sekali pun, tetap inginkan wanita yang solehah sebagai pasangan hidupnya. Apa nak dihairankan, bukankah si pengotor pun sukakan kebersihan?

   Secara ringkas, mencari isteri yang solehah mestilah bermula dengan ilmu, kita mesti ada ilmu tentang ciri-ciri wanita solehah. Dengan ilmu, kita boleh menyuluh sifat2 seorang wanita yang solehah secara ilmiah. Tanpa ilmu , kita akan terkeliru yang mana intan, yang mana kaca. Untuk mandapat ilmu, kita perlulah mengaji dan mengkaji isi kitab2, buku2 dan menghadiri majlis pengajian yang disampaikan oleh para ustaz dan alim ulama'...

   Menerusi ilmu, kita dapati terlalu banyak kriteria seorang wanita solehah. Antara ciri2 wanita solehah itu ialah menjaga solat, taat ibu bapa, berakhlak mulia, menutup aurat dan lain-lain perintah dalam ajaran islam. Itu baru soal lahiriah yang ketara oleh penglihatan mata. Namun ciri wanita solehah bukan sekadar sifat luaran, tetapi juga menyentuh sifat dalaman separti memiliki sifat sabar, redha, syukur, pemurah dan lain-lain...

   Jika ini menjadi ukuran, mencari yang solehah memanglah sukar sbb menilainya samalah seperti meneropong ke dalam hati seseorang. Kata orang, yang menutup aurat pon belum tentu solehah.  Jadi bagaimana ya?? Jangan dipersukarkan. Mari kita permudahkan. Caranya cukup ringkas dan mudah. Tidak payah besusah payah hendak mengukur atau meneropong iman dan taqwa orang lain. Caranya ialah; Jadikan dahulu calon suami atau lelaki yang soleh!


   Kenal pasti dulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman........ Muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikan ke hati, apakah kita sudah menjadi seorang lelaki yang soleh atau sekurang kurangnya sedang berusaha menjadi soleh? Padankan sifat-sifat orang yang soleh dengan diri sendiri. Sudah ada atau belum? Jawab dgn jujur. Hai  ,itu pun sukar kan? Memang sukar. Tetapi itu tentunya jauh lebih mudah daripada hendak mengukur iman di hati org lain...

   Inilah kaedah yg paling tepat untuk mendapat isteri yang solehah. Mungkin cara ini agak lambat, tetapi inilah cara yang paling tepat. Kaedah ini ada kelebihannya. Sebab kunci kejayaan teletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita membina sifat2 soleh...... maka lebih cerahlah peluang untuk mendapat isteri yang solehah. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri....

   Kita harus malu kepada Allah ( dan diri kita kita sendiri juga ), jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang lucu juga apabila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang langgang hidupnya di bandar, kaki botol, berpeleseran, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumah tangga minta ibu carikan wanita yang solehah di kampung..... ^_^

   Apa pandangan anda tentang ini? Apakah kaedah ini boleh berjaya? Jika anda seorang wanita sanggupkah anda menerima lelaki yang semacam itu? Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nnt, tetapi jika diberi pilihan apakah pilihan anda? Tentulah anda menolak calon suami  yang sedemikian. Pada kaum lelaki seperti itu, kita ingin mengingatkan, tergamakkah kita menipu org lain dan menipu diri sendiri apabila kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu akan keburukan pada diri sendiri?

   Jadi marilah kita segera tamatkan penantian akan kedatangan wanita solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan ciri-ciri seorang lelaki soleh  pada diri sendiri. Ubahlah diri, untuk merubah orang lain. Tegasnya, jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Ingat, jadilah soleh, bukanlah carinya solehah. Yakinlah janji Allah melalui firmanNya : "....... dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik......."  (An-Nur:26)

    Namun jika belum ketemu juga, bisikkanlah kedalam hati........... " Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri!"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...