Manusia perlu didengar cakap luahan hatinya sama seperti dia memerlukan makanan, akan terjejaslah kesihatan. Begitulah jika cakap atau luahan rasa kita tidak didengar , maka emosi dan jiwa kita akan tertekan. Sebab itulah berangkali Allah ciptakan untuk kita dua telinga, satu mulut supaya kita lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. . . .
Kata org bijak pandai , tugas cinta yang pertama ialah mendengar. Oleh itu, menurut mereka lagi kekasih yang paling baik ialah seorang pendengar yang baik. Jadi, kita ingin menjadi suami yang baik atau isteri yang baik , maka cubalah kamu menjadi seorang yang lebih suka mendengar daripada benyak berkata-kata. Namun bukan mudah menjadi pendengar, kerana kita lebih suka cakap kita didengar daripada mendengar cakap orang. Kerap kali mulut kita becok menyebabkan telinga kita menjadi tuli. . . . . . =.=
Kekadang seorang isteri tidak mengharapkan penyelesaian kepada sesuatu masalah atau persoalan. Ia hanya inginkan belaian. Bukan belaian "tangan" aje tp belaian perasaan... luahannya didengar... . . Jadi pada ketika itu para suami perlu menjadi 'telinga' yang baik.. Tidak payah sediakan hujah ilmiah atau fakta yang autentik, cukup menjadi pendengar... Sekali sekala, ulang perkataan , "oh, sayang rasa begitu," "ya Allah, sabarnya you." Angguk-angguk, geleng-geleng , senyum masam, mengikut alunan rasa dan kata-kata isteri. Cukup, itu pun akan menenangkan perasaan dan jiwanya . . . . ^_^
Isteri lebih tahan menanggung beban tugas-tugas rutin berbanding suami. Isteri juga sabar menahan sakit, letih dan bosan menguruskan kerja-kerja rumah dan melayan karenah anak-anak... Tetapi mereka sangat perlukan terapi emosi...Dan di sinilah peranan para suami . Besarkan jiwa mereka . Tapi awas, jangan sekali-kali meremahkan luahan rasa dan kebimbangan mereka...
Pernah suatu ketika Syaidina Ali dan isterinya Siti Fatimah binti Rasulullah, menemui baginda Rasulullah saw lalu menceritakan kesusahan dan keperitan dalam menguruskan rumah tangga .... Mereka berdua datang meminta diberikan seorang pembantu rumah. Rasulullah saw sebaliknya menganjurkan mereka berzikir dengan kalimah Subahanallah, Alhamdulillah, dan Allahu akbar. Hasilnya puas dan mendapat kekuatan untuk menghadapi apa jua kesusahan dan cabaran dalam menguruskan rumah tangga.. . .
Apa yang boleh kita pelajari dari kisah ini ?? Rasulullah SAW seorang pendengar yang baik. Didenganya dahulu masalah anak dan menantunya. Kemudian diajarnya sesuatu yang mampu menenangkan hati dan penguat jiwa. Ingat kepada Allah, ibu segala ketenangan. Percayalah, bila hati terhubung dengan Allah, akan besarlah jiwa dan tinggi lah cita-cita...... sekali gus akan kecil lah segala permasalahan dan kesusahan... ^_^
0 comments:
Post a Comment