Menghadapi Ribut Dalam Cawan

  Apa kelayakan seorang pemimpin dalam sebuah keluarga? Pertama dan utama , ialah kemampuan memimpin dirinya sendiri. Hanya orang yang mampu memimpin dirinya sendiri mampu memimpin orang lain dengan baik dan betul. Amalkan apa yang kita ckp. Selaras antara lisan dengan perbuatan. Isteri dan anak-anak mungkin gagal mengikut apa yg kita ckp, tetapi mereka tidak akan gagal mengikut apa yg kita buat..

   Sejak dahulu lagi, manusia lebih mempercayai mata daripada telinga. Ertinya, apa yang dilihat daripada mata (tindakan) lebih dipercaya daripada apa yang di dengar oleh telinga (cakap). Untuk dihormati kerana kewibawaannya, seorang suami tidak semestinya mempunyai kelulusan, gaji, rupa dan pangkat yang tinggi. Itu faktor kedua, ketiga , keempat dan seterusnya. Tetapi kewibawaan seorang suami ialah pada perlakuan, akhlak dan sikapnya dalam kehidupan seharian... Di sinilah ruang dan peluang bagi seorang lelaki menyaingi kelebihan isterinya yang mungkin lebih tinggi kelulusan, gaji, atau pangkat.....



   Satu lagi faktor utama pada kejayaan memimpin dalam sebuah rumah tangga ialah sifat penyayang . Ingat selalu, kita boleh menyayangi tanpa memimpin tetapi kita tidak boleh memimpin tanpa menyayangi. Orang yang lebih tinggi kasih sayangnya, maka lebih tinggi pula kemampuannya untuk memimpin. Sebab itu para rasul terutamanya Nabi Muhammad SAW mampu memimpin dgn berjaya, justeru baginda adalah pemimpin yang paling menyayangi keluarga, masyarakat dan umatnya...

   Apabila ada kasih sayang, kadar toleransi kita apabila berdepan dengan konflik atau krisis akan meningkat.. Bila isteri meragam, merajuk atau marah, kita masih boleh mengawal perasaan dan fikiran. Kita tidak akan cepat marah, melatah atau membalas perlakuan negatifnya. Kita masih boleh membezakan antara kelakuan dan orangnya . Maka barulah kita boleh menasihati dan membimbingnya kejalan yang benar..

  Maka begitu jualah dengan isteri. Kita boleh bezakan antara ragamnya dengan dirinya secara peribadi. Kita hanya benci kelakuan negatif, tetapi di dalam hati kita tetap sayangkan dirinya. Jika inilah perasaan kita, maka itulah modal bagi kita berdepan dengan kemarahan, ragam dan ledakan perasaan dengan tenang. Selagi kita tidak hilang kasih sayang , selagi itulah kita menghadapi krisis yang ditimbulkan oleh pasangan kita dengan tenang. Dan disinilah sepatutnya kelebihan orang lelaki...

   Jadilah lelaki yang sebenar. Yakni lelaki yg "walk your talk"  cakap serupa bikin.. Jadilah lelaki yang sebenar, yang penuh dengan kasih sayang dan ketenangan. Yang mampu berdepan dengan ribut dalam cawan.... akhirnya dapat ditenangkan lalu diminum dgn  penuh keenakkan. Ingat, lelaki yg sebenar-benar tidak akan dikuasai oleh perasaan, sebaliknya menguasai perasaan untuk digunakan kearah yang benar. . . . ....(^_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...